Monday, October 22, 2018

MY TRAVEL; BACKPACK TO HATYAI ~ KRABI THAILAND

bile i pikir balik, 2018 bukanlah satu perjalanan yang mudah untuk aku tempuh. kadang-kadang i masih terasa, i baru mengenal erti sebuah kehidupan. yang namanya perit dan lalu i buat keputusan singkat untuk lari dari realiti. kalau ikutkan Bucketlist 2018, tahun ni i mesti backpack. so i mulakan perjalanan i ke Domestik Langkawi. dan early October haritu, sekali lagi i buat keputusan untuk sekali lagi Backpack ke Negara Jiran. satu destinasi yang teramat popular dengan budjet yang murah. 

Backpacker style to
HADYAI ~ KRABI


mengunakan medium pengangkutan yang sama, Keretapi Tanah Melayu KTM. perjalanan mengambil masa 5jam+- dari Stesen Kuala Lumpur Sentral. ticket berharga RM76, i mengambil train terakhir jam 11.50pm dan tiba di Station Padang Besar, Perlis. sekitar jam 0530am keesokkan hari. perancangan awal i. i nak naik train dari Station Padang Besar ke Station Hadyai, dengan menukar tren. tapi kaunter train Thailand, hanya akan dibuka jam0900am. wow! lama sangat ni nak tunggu.  dan kebanyakkan mereka memilih untuk naik van yang di tawarkan kakak-kakak and abang-abang yang offer kat sana. dengan harga RM20 dan white TM6 Arrival & Departure Form. lama jugak i berpikir. sanggup ke tunggu Old Train. or amek jek van kakak nie. sebab dia boleh hantar terus ke hotel. lagi 3jam nak duduk saje. so at-last. i pilih untuk naik van. i kene jalan sedikit ke Malaysian immigration  kaunter dan ke Thailand Imigration kaunter. ada van sudah sedia menunggu. 



perjalanan dari Sepadan Malaysia - Thailand ke Hatyai mengambil masa lebih kurang 1jam. so kami sampai ke Hotel dalam jam 1000am. time tu. kami plan untuk check-in dan drop bag jek. macam selalu. tapi yang best hotel Lee Garden Plaza ni. receptionist tu bagitahu siap-siap. bilik tu belum kene kemas. sebab orang baru check-out. i cakap. i nak drop beg jek. so dia bagi i kunci bilik. sempat laa i cuci muka. tukar baju. sibuk-sibuk tukar baju, dorang datang kemas. tak laa i  tunggu. so i order grab. untuk pergi cari breakfast yang semua orang cakap-cakap tu..


dari hotel ke Chabura Dim Sum Restaurant . Grab charge THB76. murahkan. Dimsum di sana tidaklah sesedap yang di perkatakkan. tapi murah. THB15 per piring. tapi. i suggestkan korang order ala-carte dia serius wey. i order Bubur tom yam. sedap wey.. pure tom yam. serius! kerabu glass-mee pun bapak pedas. dengan harga yang murah. 



Lepas makan i balik ke hotel semula. untuk rest. orang kata pergi laa songkla kan. tapi i malas. haha.. nak rest sekejap. rehat kan perut. sebab petang nanti nak makan lagi. tapi semasa sampai di hotel. baru teringat nak kene beli ticket Van ke Krabi. okay macam ni. sebelah Hotel Lee Garden Plaza ada hotel Lee Garden Hotel. sebelah hotel tu ade satu Tour Kaunter. dorang ade sediakan Van ke seluruh Thailand. dan ada juga Bas ke Kuala Lumpur. so. kami book ticket ke Krabi. jam 0900am THB350. da selesai. kami balik rest. boleh laa mandi. da lebih 24hours. tak mandi. nasib pagi tadi sempat gosok gigi..hahaha


0500pm kami keluar untuk ke floating market. tapi tengok tu langit Hadyai tak mengizinkan kami kesana. so kami tukar perjalanan kami ke Klong-Hae Seafood Buffet by grab. THB146. Hot Pan Buffet. Price THB179 (including drink), Buffet & Seafood THB289 (including drink)(unlimited time). Paling sesuai bawa family atau group besar sebab memang makan tak habis. Tempat paling banyak makanan, boleh pilih nak makan semua menu atau seafood based. ada makanan yang dimasak terus seperti ikan siakap goreng, siakap masam manis, nasi goreng, ayam goreng, kerabu kaki ayam, somtam, dan macam-macam. Bakar-bakar pula ada ikan siakap, talapia dan boleh minta direbus macam kerang, siput-siput.Terlalu banyak makanan nak dimakan, air pun banyak pilihan, ada sushi, aiskrim, udang galah, tiram, segala macam siput, memang heaven la port ni. 




hujan masih tak berhenti. hati pulak berbelah bagi nak pergi ke tidak Floating Market tu. tapi kami dah siap sedia baju hujan. alang-alang dah sampai. kami nak redah jugak.at-least da sampaikan. kemudian kami sekali lagi amek grabi ke Klong-Hae Floating Market THB95. 



Then kami teruskan order Grab to Asean Night Bazaar THB167. uptown berbumbung. menarik. banyak benda korang boleh beli. dan mejoriti pengunjungya adalah rakyat malaysia. kelakar wey. hahaha. kalau dah macam uptown. takyah cerita banyak laa kan. korang mesti paham. 




yes! i lose my leg. rasa kaki tu macam nak tercabut dah. so kami decide untuk balik. rest! so amek grab and balik. kemas-kemas. packing-packing. tak sabar nak jalan esok! perjalanan yang simple. tak tak mampu nak cover seluruh hatyai. memang patutlaa orang repeat. makanan yang sedap dan murah. hotel yang murah. semua murah laaa. i rase memang kene repeat ni. hurmmm.... 


No comments

Copyright © A W E K R E T R O . M Y. Blog Design by SkyandStars.co