Travel
Showing posts with label Travel. Show all posts

HOTEL; Miami Hotel - SHA Plus @ Bangkok Thailand

Monday, February 13, 2023

No comments
Hi Assalammualaikum...



Review: "as a solo travel, this hotel was Outstanding interior. Great location, Very near to Asok or Nana BTS Station. need to walk to Terminal 21 and super helpful staff. Absolutely amazed by the details of cleanliness. easy to find halal Restaurant. (next to hotel)." my review from agoda.com

honestly, ini salah satu sebab kenapa i nak sangat pergi ke Bangkok. i dah survey hotel, cafe, fashion, dan life style dorang kat sana sebelum beli flight ticket lagi.. kebanyakkan interior design dorang..sangat cantik.. i pelik kenapa permis-permis di sana mampu melaburkan modal yang besar untuk dapatkan konsep vintage or retro. 


Address: 2 Soi Sukhumvit 13, Khlong Toei Nuea, Watthana, Bangkok 10110, Thailand

Contact: +66 2 253 5611

Average Price: starting from  1822 THB EXCLUDE VAT and Service Charge
                        https://www.thaimiami.com/en/roomtypes

Room Type:  Premier Plus Room

Check-in time: 14:00
Check-out time: 12:00

Hotel Facilities:
  • free Wi-Fi
  • Swimming pool [outdoor]
  • 24HRS. Front desk
  • Free Breakfast
  • Air Conditioning
  • Shared Kitchen
  • Shared bathroom
  • Smoking area
  • Cash withdrawal
  • Convenience store
  • Currency exchange
  • CCTV
  • Safety/security featureFree bottled water
  • Hair dryer
  • In-room safe box
  • Refrigerator
  • Toiletries
Access: Yes, have Elevator

Closest landmarks:
  • Nana BTS Station 230 m
  • Asok BTS Station 440 m
  • Convenience store 7 Eleven 40 m
  • ARTBOX Night Market 80 m

Location:

gallery: 










Read More

HOTEL; UMBUT BAYU RESORT, DUNGUN TERENGGANU

Saturday, December 31, 2022

No comments
Hi Assalammualaikum..


Review: waktu tu wak. im not in the mood. i need a simple vacation. i nak sangat duduk tepi laut. nak rest minda. nak kata ada problem, tak juga..tapi nak sangat rest. so, i ajak ayah & ma pergi terengganu. since i kene book hotel. so i pilih this Resort. Umbut Bayu Resort. betul-betul ade private beach. i terlampau excited nak mandi laut. last2 i lupa. masa kami travel tu. musim monsoon. wahahha..apo laaa. small house and complete. selesa untuk small family and good for big family nak buat gathering kat sini with BBq Fasilities. i rase memang privacy sgt. x mengangu jiran2 kampung. kalau nak tanya pasal restoran2 dekat macam takde. kene drive 10minit ke Pekan Dungun. tak jauh laa.. alang-alang tu boleh lah, round-round kampung orang. so, i suggest sangat kat uolls for this resort. tak de laaa nak cakap banyak sangat pasal resort ni. sebab. pada i, kalau korang nak rest. jauh dari hiruk pikuk bandar. ini the best. pergi laa...try get rest. it worth it

Address: 3, 23050 Kuala Dungun, Terengganu
                Jalan Klinik Pusat Kesihatan, Kg Kuala Abang Lot 378, Dungun, Dungun, Malaysia, 23000


Average Price: starting from RM350+-

Room Type:  Family Room with Sea View

Hotel Facilities:

  • Garden
  • Private beach
  • BBQ facilities
  • Air conditioning in public area
  • Daily housekeeping
  • Smoke-free property
  • Check-in/out [private]
  • Car park [free of charge]
  • Air conditioning
  • BBQ facilities
  • Free bottled water
  • Ironing facilities
  • Private bathroom
  • Refrigerator

Location:


Gallery:




Read More

TRIP: GIRLS ROADTRIP TO KUALA SELANGOR ~ PULAU PANGKOR

Wednesday, September 28, 2022

No comments

Assalammualaikum,

alhamdullilah, dunia dah kembali pulih dari pelbagai penyakit. ya faham it’s not 100% pulih. tapi alhamdullilah. kita dapat hidup normal kembali. i ingat lagi, mula-mula malaysia dibenarkan merentas negeri. oooo sakan semua orang merancang percutian dalam negara. semua tempat tumpuan pelancongan local dipenuhi pengunjung. walaupun para perniaga perlancongan masih lagi belum ready untuk meneruskan perjuagan mereka. Tu laaa.. semuanya beransur normal. Happy for that. Dan juga kita semakin lupa tentang bahayanya Covid-19. Hahaha

guys, Trip terakhir i. I pernah terlintas. Next year, I nak rest for travelling. At-lease a year. Konon. Boleh laa kumpul bajet lebih And boleh travel luar asia. Nah! Dia bagi kita semua rest for 2 years. Kumpul? Hawoookkk mane nak ade. Hahahaha..so kami start planning untuk mula kan journey kali ni pergi yang dekat-dekat dulu. So kami pilih trip simple ini. Dalam takut-takut virus covid ni. Kami plan pergi road trip Kuala Selangor & straight to Pulau Pangkor, Perak. Hahaha. Tempah berjatuh lagikan di kenang. Apatah lagi tempat bermain… aargh abaikan itu..

macam biasa. I ni seorang jenis yang harus Planning. At-lease. Ade plan. Tak perlu ikut sepenuhnya. Tapi mesti teratur. Malas I kalau tengah2 on the road. Baru pening nak pilih mana nak makan. Bila tanya semua orang. Jawabnya”mana-mana jek. Aku tak kisah…”tapi once sampai order. Buat muke.. pang kang..hahahha

jangan celoteh Panjang. Mari kita mulakan perjalanan..

Day 1:

Kami start perjalanan hari sabtu,9am dari Putrajaya. Tempat last pickup buddies i. okay. Perjalanan dari Putrajaya to Kuala Selangor(KS) mengambil masa 1 jam. Tak jauh pun. Yang jadi jauh nya. Kami decide untuk pi cari breakfast area klang. Nahhh sesat sampai tanjong Dawai. Pusing-pusing, kami keluar terus direct to KS. Kami decide nak brunch jek dekat Mee Udang Banjir (Udang Galah). Alaaaa terlepas. U-turn sikit. And parking.  Napsu yang membuas ni. Macam biasa. I order set udang paling mahal. Wahahha.. Set udang Laut. I rasa udang ni same jek rase dia. Kalau nak tahu ape beza. Tengok laa dia masak apa..baru laa boleh beza kan. I rase kan. Better korang jangan gerak dari rumah terlampau pagi tao. Sebab korang takkan mampu try semua kedai makan yang ade di Kuala Selangor, Sekinchan, Sg Besar. Dengan panas nyer. Kenyang nyer. Ramai nyer. So just select few shop yang betul-betul korang nak pergi. Tak guna semua ade dalam list. Tak kan mampu. Trust me.

First, yes, udang tu sangat fresh. Terasa manisnya, si A order set udang galah. Pergh. Galah dia Panjang bersepah-sepah. Sebab hari masih awal untuk check-in, kami follow itinerary redah sawah bendang luas terbendang.. next stop, Sekinchan Coconut Farm. Once of Instagram-able place.  Apa saja desert yang di perbuat dari air kelapa. Boleh dapat kat sini. Rasa air kelapa sangat fresh. Manis. Tak perlu tambah gula. Redup. Boleh lepak lama-lama if korang banyak nak story-story.

Tak jauh dari coconut farm tu. Kami singgah Ah Ma House. Original Ah Ma house. Cantikkk. Tengah-tengah sawah padi. Ade seketul rumah tradisional. Vibes dia buat I betul-betul inspired. Nexr kalau I ade rumah. I nak décor like this. Balik pada cerita rumah ni. Nothing much. Kalau korang nak mengibau toys or junk food zaman-zaman 80-90s. kat sini semua ade. Seronok. Dapat rase macam time-time skolah dulu..

Dah puas ketawa-ketawa. Kami teruskan perjalanan ke Ladang tebu Aidil. Yang viral tuuu… masa ondaway tu kami Nampak d’rasa Jerami Ban Kenal. Okay. U-turn balik. And singgah. Agak mengecewakan. Sebab attraction kat situ Cuma Jerami yang bergulung-gulung tu. And ade warung. Memandangkan kami dah kekenyangan mee udang tadi tak hilang lagi. Kami photo-photo, posing-posing sikit. And teruskan perjalanan ke next…

Ladang tebu Aidil, along ade cakap. Longkang jek tu wak. Okay. Lets we see, not longkang bro, itu tali air. Ladang tebu di tengah-tengah sawah padi. Perkena air tebu, sayap bakar. Mee soup. Ehk..banyak laaa. Semua makanan minum petang boleh dapat kat sini. Panas? Ia, tapi redup ditengah-tengah antara pokok tebu. Menarikk. Kalau post posing celah-celah tebu tu. WOW! Menarik. Insyaallah like jek banyak…hahahha..sumpah! perut dah ketat. Nak tinggalkan sikit ruang untuk dinner. Ketiak dah ashammm, hari dah semakin petang. K let’s go check-in hotel.


 Le-Shore Hotel @ Permatang Pasir. Berada di Kawasan peraih-nelayan sungai KS, dikelilingi kedai makan seafood. Cantik bersih hotel ni. I nak bilik mengadap sungai. Tapi A booking lain. So dapat bilik tengah. Tak pe. Nanti kita tengok sunrise kat balkoni. Yay! Bilik for 3. RM150 besar giler. Kalau bawa kids. Tak payah cari katil banyak. Bawa toto jek. Tapi senyap-senyap. Bubuh dalam suitcase. Tak kantoi. Huhu.. okay, reset sekejap. Golek-golek. Mandi. And next let’s dinner



I baca ramai orang suggest Aroma Ikan Bakar,Jeram . Kalau ramai. Mesti lama kan. I rase almost 30-45 minit juga tunggu makan. Dah laa nak beratur pilih ikan pun Panjang. Gigih wey kami pilih ikan siakap, Sweet sour. Udang 3 ekor goreng tepung. Ketam goreng 2 ekor masak butter telur masin. & kerrang bakar. Mungkin kuala Selangor ni terlalu panas. So kenyang siang tadi masih terasa lagi. Makanan pun dah order. Nak taknak kene habiskan. Sumpah kekenyangan. Perut macam nak meletup dah ni awakkkkkk…hahha..sudah kenyang..jom balik tidur..

Day 2:

Okay..time ni. I dah start malas nak menaip. Tepu. Tapi hidup harus diteruskan jua. Wahahha..okay. kami bangun awal pagi untuk sunrise. Awal mende kalau jam 8 baru keluar bilik. Hahaha.. skip yang blablabla tu. Kami checkout around 9am, and gerak cari breakfast. Kalau ikut trip blogger-blogger lain. Trip ke kuala Selangor tak sah, kalau tak sarapan di kedai Roti Canai Pelangi tak lengkap laa itinerary korang. Pelangi ada 7 warna. Setiap warna ada rasa yang berbeza. Dap-dap. Yang paling laris. Warna kuning. Perisa durian. Haha… macam-macam makanan ade. Dari kuih muih. Nasi ambeng. Hingga ke sushi. Semua ade. I saran kan korang dating sini lihat and cuba sendiri.


Lepas sarapan. We alls teruskan perjalanan ke Lumut, Perak. Dari KS ke Lumut, melalui lebuh raya baru WCE (Teku Intan - Lumut) mengambil masa 2jam. A pulak drive macam driver F1, kami sampai awal. Jam 12 dah sampai. Dulu, I study di area lumut. pengalaman, ke pangkor melalui jetty Lumut. So trip kalini, I plan nak ke pangkor melalui Jetty Marina. Orang suruh booking by online. Memikirkan perjalanan kami tak tahu nak kemana, kot-kot laa ade nak menyinggah mana-mana. Sampai jek kami di jetty. I beratur di counter ticket. Ooo rupenyer, ade few computer untuk korang booking online. Semua details korang kene isi sendiri. Then once dah comfirm. Baru beratur di counter, untuk buat payment and print ticket. Sepanjang process beli ticket ni. Sangat menarik. Ade staff akan bantu korang how nak isi details tu semua. Mudah.

 Oh yee.. https://pangkorferry.com/

ferry ticket for adult: RM 14/way

                            kids: RM 6/way

Parking: Berbumbung : RM40/day

            tidak bumbung : RM20/day

paling awal, ferry jam 3pm, so kami pergi lunch di kedai yang berdekatan. Okay. Skip yang lepak makan-makan tu. Kami naik ferry staright to Jetty Pulau Pangkor, perjalanan mengambil masa 10 minit jek. Oo ya, one from another reason kenapa I pilih jetty pangkor, sebab time ni musim hujan tau wak. Agak cuak jugak nak redah laut lama-lama. Haha. And lagi pun bosan kan buang masa lama-lama dalam ferry. Hahaha

Oh ye. During que-ing nak masuk ferry, ade brother2 offer sewa motor and kereta. Hotel.. so xpayah pening-pening. I decide kita terus booking motor kat sana. Sampai jek pangkor. Terus pickup. Dah senang xpayah piker-pikir macamne nak merayau nanti. Harga sewa motor RM40/sebuah. Harga kereta if x silap I dalam RM60. Depends on kereta. Dok pulau, kalau sewakereta x syok laa kan. X beach girl laaa..hahah. dah amek motor, kami isi fuel. RM3 cukup 2 kali pusing pulau. Kami terus ke hotel yang kami dah booking kelmarin.


 Tatami D’tepi Laut. I rase ini ketagori guest house laa kot. Ke hotel. Ntah laa. Bertemakan Jepenesse culture. Kalau u guys searching this hotel, yes! Sangat menarik perhatian. Then masa sampai. Agak terkejut. Bilik yang kami pilih itu sangat sempit. Ngam-ngam tilam. Tapi bathroom sangat luat. Boleh mandi ramai-ramai. Mase kami check-in tu ade laa lalu depan bilik yang tengah housekeeping, bilik tu sangat besar, and 2 tingkat. If andai korang pergi family, I saran kan korang amek bilik disini. Siap ade washing machine and café boleh korang lepak. Cantikk tau Kawasan ni. Hotel ni terletak di Pasir bogak. Okay kami letak beg dulu, and rest. Kering-kering kan ketiak.


 Dah makan, dah tidur, time to round-round pulau. Hasil google and pengalaman dolu-dolu.. almost lest then 30minit jek habis round satu pulau. Cuma agak seram once u sampai balik pulau tu. Sunyi jekk. I pun press jek motor tu laju-laju. Takut jugak wey. Dari Pasir Bogak. Korang terus ke Teluk Nipah. Kalau diikutkan, tourist ramai yang stay Teluk nipah. Mudah dari makanan. And chalet area situ mur-mur tao. Situ pun I suggest u guys choose. Sambung cerita ronda pulau. U guys akan sampai area perkampungan orang Pulau Pangkor ni. Dari kampung melayu. Sampai laa penduduk kampung cina. Di situ ade satu kilang makanan hasil laut. Kilang Satay Ikan Hai Seng Hin. Kalau nak bandingkan harga ikan bilis mata biru or ape-ape jek..kat sini murah dalam 5inggit gitu. So not bad juga sebenarnya. Disebabkan kami plan stay hanya 1 malam sahaja, so ape yang kami berkenan, terus grab. Guys. Try fikir kan, macam mane nak bawa semua keropok-keropok ikan ni naik motor? Hahahha.. kangkang kan jek laa kan..haha. Kalau pilih ikan bilis pun macam beli baju. Susah nak buat pilihan. Apatah lagi beli chocolate kan..

 Mulai 2020, Pulau Pangkor sudah di ishtiharkan Pulau Bebas Cukai. Chocolate murah. Periuk pinggan mangkok, cigarette and perfume pun mur-mur. Macam pulau-pulau bebas cukai yang lain. I tanya jugak staff-staff kedai chocolate tu. Berapa maximum shopping untuk I di kenakan Tax. Dia cakap. pembelian melebihi RM1000. Tapi kalau akak dah stay min. 1 malam, akak bebas laa cukai nya. Awak nak beli ape ehk sampai sekian banyak nyer…hahha..okay. berbalik pada chocolate tu. Varity chocolate tu same jek dengan chocolate yang ade di Langkawi. I ade tips kalau nak beli chocolate kat sini. Mungkin korang tertarik nak masuk kedai yang warna warni, meriah and cantik tu.. boleh masuk. Pusing-pusing, tengok price & check expired date. Tapi opsss jangan beli dulu. Pergi kedai yang sebelah tu. Yang macam suram-tak suram tu. Komfirm. Murah sikit.hahahah nanti kalau korang dah sampai sana korang paham maksud i. date expired sama jek. Tp jauh lebih murah.  Wahahhahhaa

 Wak, motor dah penuh dengan barang shopping. And hari pun dah gelap. Kami decide balik hotel letak semua barang and patah balik ke teluk nipah untuk dinner. E cakap dia ade berkenan kedai makan kat area sana. Let’s rempit! Kedai yang kai pilih tu ade jual char kuew teaw. Ade satu stall ni menyajikan Lempeng kelapa. Pernah viral suatu Ketika dulu. Masa kami sampai tu beratur agak Panjang and azan magrib pun berkumandang. Abe lempeng tu cakap. Dia nak berenti and solat dulu. Lepas magrib dia sambung balik. Jenuh laaa si E ni menunggu. Dari jauh dia Nampak abe Lempeng tu. Berlari dia pergi beratur. Hahaha beratur-beratur turn yang ke 3 jugak. Tapi masa tu abe Lempeng had kan pembelian setiap orang. Sorang 2 jek. Biar semua orang dapat rasa. Rasa? Yaaa Lempeng kan.. itu laa rasanya.. Cuma dia x kedekut resepi. Cukup rasa. Abe buat ikhlas. Kalau nak cakap pasal makanan dalam Pulau Pangkor ni. Memang dari dulu I anti sikit. Wahaha.. xpernah nak kene selera i. tawar laaa. Masin laaa. Tapi char kuew teaw ni padu. Mungkin tahap kekenyangan kelmarin masih penuh lagi or badan penat. I rase sedap jek semua makanan. Dasar gomok. Melantokkk jek kije. Hahha.. dah kenyang kan..jangan tanya laa kami buat ape lepas tu.


 Balik. And tidur.. jumpa esok!

 Day 3:


It’s was last day our trip. Nak balik to normal. Pagi tu kami keluar. A cakap nak pergi beli ikan masin kat kilang semalam. Okay masih ade masa untuk patah balik. I skip lagi kitorang breakfast tempat acik nasi lemak bergaduh. Kami terus ke kilang and kedai chocolate semalam. Orang kata habiskan saja duit yang ada.. hahhaa. Masa ontheway nak balik untuk check out. I ajak dorang pergi singgah Kota Belanda. Seingat I, selama I pergi ulang-alik Pangkor. I x pernah lagi sampai Kota Belanda. Kelakar wey. So kali ni I paksa dorang teman  I pergi. Melalui beberapa Kampung Melayu, merentasi sebuah batu bersurat. Sampai laaa kami ke kota Belanda. Sejarah Kota Belanda ade tertulis, sebenarnya kota ini di dirikan untuk menyimpan bijih timah yang diperolehi dari negeri Perak. Panas wey pangkor ni. So kami puas posing. Kami nak balik and check out. Ferry kami jam 1145. Ngam kan planning kami. So kemas-kemas, and check-out. Ride to jetty and return motor. X lama lepas tu, terus naik ferry balik ke Jetty Marina. Gerak ke kereta and keluar.


Kami mulakan perjalanan kami ke KL. Dari Lumut ke KL mengambil masa 4 jam. Kalau boleh. Taknak laa sampai lewat malam kan di KL.so kami takde singgah mane-mane dah. Straight Exit Tol Bidor. Dah dekat nau ni. A ajak singgah pergi Lunch (kol4pm ehk) kat Nasi Bamboo Sg. Klah. Korang pernah try x? kat sini paling sedap kambing bakar dia. Crowed yang ramai. Korang mesti x ingat dah  panas nyer Malaysia ni. Sebab korang dah lapar kan. Hahaha. Menu wajib. Ini satu lagi Venue Wajib korang singgah. Dah kenyang dah Tapau. Mari teruskan perjalanan pulang.

 Dalam ontheway tu, kami borak macam-macam. Remined balik kenangan 3 hari yang lepas. Guys. Should kita plan next Trip. Wahahha. Once korang dah get into Buddies korang. Belum sempat sampai rumah. Korang dah plan next plan. I can’t imagine how happy kitorang.

 Kalau u guys baca trip I kali ini. Agak simple and I banyak strstight to the point jek. I xcerita pun permasalahan yang ade or cekadak-cekadak semua. Sebab I rase masalah yand I hadapi. Just a personal things. I xperlu nak luahkan. And korang pun just nak tau itinerary and review I pada sesuatu tempat. Macam I cakap. Kalau I x telalu memuji sesuatu tempat itu or comment rasa makanan tu. Bukan taknak puji. Selera kita berbeza. I write as per my experience. Kalau tak best. I x laa review kan. Tapi kalau u guys looking for simple itinerary and short Vacation. Here my suggestion. I tahu. Setiap kali baca blog looking for itinerary, budget and review. Itu jek yang korang akan cari. Ade mase ke korang nak baca blablabla I tu. Betul x. correct me if I’m wrong.

 Okay. Tentang budget. Seperti biasa. I’ll skip Food & Shopping. Dah tau kan kenape. Buat apa juga nak share. Dah sah-sah I over budget.  Hahaha..

 

 And I ulang sekali lagi. Komfirm korang malas nak baca blablabla I kan. Here the link for my short Vacation. Harap dapat membantu korang okay! Okay laaa dah penat menaip. Nak tido dulu. Soon kalau I ade pergi mana-mana lagi. I update korang k. and one more thing. Korang tinggalkan laa sedikit jejak kat ruang komen kat bawah tu kalau korang ade terbaca blog I ni. Sebab dah terlalu lama I stop write. So, I hope masih ade lagi readers yang sudi membaca.

 Chaw-cin-cau


Read More

MY TRAVEL; BACKPACK TO HATYAI ~ KRABI THAILAND

Thursday, November 1, 2018

No comments

Lets sambung the second day journey kami. ingat tak haritu i ade bagitahu kami ade beli van ticket ke Krabi. Yes! van datang on time! sempat laa jugak kami singgah 7E untuk beli breakfast. beli burger jek pun. sedap jugak. perjalanan dari Hatyai ke Krabi ambil masa 6jam. kalau dari KL sempat sampai Penang jek. lepastu 10 kali berhenti. hahaha. perjalanan kami berhenti di satu hentian RnR Trang. tempat dia ok la. tak macam RnR kita. ade jual macam2. cuma nya. RnR ni lengkap la kemudahan nya. tempat makan, tandas dan surau disediakan. Maka, boleh la kita makan dan sebagainya. rehat 15-30 minit. kami teruskan perjalanan lagi. jenuh jugak laa pungung tu..


sebelum sampai ke hotel. Diver Van ni singgah Town Krabi bawa ke agent travel dia laa. tak pikir panjang. amek jek package dengan dia. senang. tak payah pikir dah. settle masalah. i amek pakej Night Market. THB300. dan City Tour THB1400 untuk esok. so kami sampai hotel tepat jam 2petang. rest sekejap. then kami keluar cari lunch. nasib tak jauh dari hotel ade kedai makan. sebenarnya banyak jek kedai halalfood tu. tapi kami makan yang dekat. Hasna Restaurant. serious sedap. tu tu...Squid Salted Egg. alaaaa. terkenang-kenang nie.. 


dah kenyang. kami balik siap-siap untuk first trip kitorang. Night Market! shopping time.. disebabkan kami chartered van. habis seluruh Ao Nang District ni dia kutip. hahaha. dreba  cakap kami ade 4jam untuk shopping. so dari pukul 6pm sampai 9pm. huuuuii..tapi kan. cuaca di Krabi memang tak menyebelahi kami. hujan. maka dengan itu diistiharkan tak banyak laa gerai yang buka. hahaha. tapi dapat laa jugak grab 4 helai tshirt. makan 10 cucuk loqloq. beli burger. cenderamata. 




tu nak tanya lagi sekali kenal tak orang yang main saxophone tu. sedap dengar. kalau dia ade band! nak follow dia kat mediasosial. mesti famous dorang ni. tengok gaya dorang. metrotype. wahahha. then kami balik. rest untuk esok! eeeee..tak sabar.

esok harinyer.. City Tours.

van pickup kami jam 9am. again kami yang pertama diambilnyer. jenuh lagi laa nak sampai 1st venue. perjalanan dari Ao Nang ke 1st venue ambil masa 45minit. terlelap laa jugak dalam van. Hot Stream Waterfall. Air terjun panas! bunyi macam menarik. "The hot springs and cool streams converge on a slope to form lovely cascades of warm water with a temperature of 40-50 degrees Celsius. The best time to visit is from 7.00 a.m. to 8.00 a.m. and from 4.00 p.m. to 5.00 p.m. To reach the waterfall visitors should travel 45 kilometers from town to Amphoe Khlong Thom, then take Sukhaphiban 2 Road for another 12 kilometers. The admission fee is 10 baht per person A visit to Krabi natural hot spring is a must. There are many hollowed-out 'bathtubs' which are caused by the running water from the thermal springs. You can relax in one of the many natural hollows in the creek and watch the water gently cascade into the cool pools.  Enjoy your own natural "hot-tub jacuzzi" filled with running spring water at a pleasant 35?c-40?c."- http://www.krabi-tourism.com/krabi/unseen-namtokron.htm



cantikkan tempat nie. tapi kami diberi masa 1jam jek. tak leh lama-lama berendam. nanti melecur kulit. disebabkan malam semalam hujan. so air terjun ni tak lah panas sangat. suam-suam kuku. tapi kat depan sebelum masuk tu akan ade kolam air panas yang agak panas. boleh laa berendam dalam tu..


dah kering kene rebus. kami berangkat ke next venue. semua orang nak pergi wey. Emerald & Blue Pool tapi mengikut tour guide kami. bulan March and October. tak boleh pergi ke Blue Pool tu. sebab ditutup untuk Musim Mengawan burung-burung kat situ. burung ape. tak pulak i nak tanya. dah terlampau excited. tapi perjalanan dari pintu masuk ke Pool amek masa 15minit jalan kaki. perggggh..melecet kaki.. i rasa soon dorang kene buat Buggy Car laaaa... bayar pun tak ape. janji tak penat. dah laa penat jalan jauh. ramai pulokkk.. takde tempat nak letak barang. so korang. kalau nak letak barang make sure hati-hati k. tempat yang terlalu open. agak tak berapa nak selamat laa kan.. dan, yang paling penting adalah. area pool tu sangat licin. mohon. akak-akak, adik abang. jangan happy sangat laa yek. kang dah tergolek. apa pun tak jadi.. k



lepas dah naik kembang kami disediakan Lunch. biase jek. Nasi + tomyam.+ kerabu mangga. then kemudian kami teruskan ke next destination. Tiger Cave Tample. hurmm.. pun jauh jugak. 45minint dari emerald pool. menurut pak tour guide kami. "The foundation of the temple dates back to 1975 when a Vipassana monk named Jumnean Seelasettho  went to meditate in the cave. During his meditation, he witnessed tigers roaming around the cave. This discovery led to naming the temple Wat Tham Suea. Another legend says that an actual huge tiger used to live and roam the cave. The naming of the temple also comes to discoveries of a tiger paw prints on the cave walls, and also the bulge of the cave resembling a tiger's paw." - https://en.wikipedia.org/wiki/Tiger_Cave_Temple . same macam wiki ni explain. haha..entah-entah dia pun copy dari wiki ni. hahaha. dan yang menarik nya temple ni. they has one stairway with 1,237 steps leading to the summit. kau mampu dik?? akak awal-awal dah give up. tapi dorang kata. memang cantik. boleh nampak seluruh krabi sometime Phuket. wahaha. tipu jek. boleh nampak seluruh Bandar Krabi. 





Program kami tamat disini. agak simple. kami tak dapat pergi ke Pulau sebab takut cuaca tak menyebelahi kami. so agak boring jugak laa trip kali ni. balik hotel. berendam jap dalam pool. dan malam kami merayau sekitar Aonang Street. 







ini dinner kami malam tu. hurmmm macam i cakap tadi. kalau nak cari food yang sedap. memang area Hatyai. kerabi agak kurang sikit. tapi masih boleh telan. oh yek. sebelum dinner. kami pergi massage. tapi kami amek kaki jek. sebab kaki jek yang sakit. tapi sebelum tu. dia offer kami THB 200 untuk full body. murah kan. kalau kat KL..RM200 untuk full body. korang kene try kedai nie. puas hati. hilang sakit kaki tu. 



kesimpulan untuk trip kali ni, Backpackers bukan alasan untuk korang tidak bergaya. ada jek orang cakap. kalau nak berbackpacker. kita harus se-simple mungkin untuk bergaya. my anwser is NO! mungkin kita tak perlu bawa kasut sampai 3pasang. Jean sampa 5, tudung yang banyak. cukup untuk kita padankan warna dan gaya. mungkin boleh di cuci. dan re-wear!. jangan jadikan itu semua alasan untuk kita tidak melaram yek adik-adik.. hahaha. dan i juga setuju. ia lari dari konsep backpackers. tapi tak salah pun kalau nak melaran. janji berserdahana dalam membawa pakaian tu. okay!


jumpa next trip...muaxh
Read More
Copyright © A W E K R E T R O . M Y. Blog Design by SkyandStars.co