Malaysia
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

TRIP: GIRLS ROADTRIP TO KUALA SELANGOR ~ PULAU PANGKOR

Wednesday, September 28, 2022

No comments

Assalammualaikum,

alhamdullilah, dunia dah kembali pulih dari pelbagai penyakit. ya faham it’s not 100% pulih. tapi alhamdullilah. kita dapat hidup normal kembali. i ingat lagi, mula-mula malaysia dibenarkan merentas negeri. oooo sakan semua orang merancang percutian dalam negara. semua tempat tumpuan pelancongan local dipenuhi pengunjung. walaupun para perniaga perlancongan masih lagi belum ready untuk meneruskan perjuagan mereka. Tu laaa.. semuanya beransur normal. Happy for that. Dan juga kita semakin lupa tentang bahayanya Covid-19. Hahaha

guys, Trip terakhir i. I pernah terlintas. Next year, I nak rest for travelling. At-lease a year. Konon. Boleh laa kumpul bajet lebih And boleh travel luar asia. Nah! Dia bagi kita semua rest for 2 years. Kumpul? Hawoookkk mane nak ade. Hahahaha..so kami start planning untuk mula kan journey kali ni pergi yang dekat-dekat dulu. So kami pilih trip simple ini. Dalam takut-takut virus covid ni. Kami plan pergi road trip Kuala Selangor & straight to Pulau Pangkor, Perak. Hahaha. Tempah berjatuh lagikan di kenang. Apatah lagi tempat bermain… aargh abaikan itu..

macam biasa. I ni seorang jenis yang harus Planning. At-lease. Ade plan. Tak perlu ikut sepenuhnya. Tapi mesti teratur. Malas I kalau tengah2 on the road. Baru pening nak pilih mana nak makan. Bila tanya semua orang. Jawabnya”mana-mana jek. Aku tak kisah…”tapi once sampai order. Buat muke.. pang kang..hahahha

jangan celoteh Panjang. Mari kita mulakan perjalanan..

Day 1:

Kami start perjalanan hari sabtu,9am dari Putrajaya. Tempat last pickup buddies i. okay. Perjalanan dari Putrajaya to Kuala Selangor(KS) mengambil masa 1 jam. Tak jauh pun. Yang jadi jauh nya. Kami decide untuk pi cari breakfast area klang. Nahhh sesat sampai tanjong Dawai. Pusing-pusing, kami keluar terus direct to KS. Kami decide nak brunch jek dekat Mee Udang Banjir (Udang Galah). Alaaaa terlepas. U-turn sikit. And parking.  Napsu yang membuas ni. Macam biasa. I order set udang paling mahal. Wahahha.. Set udang Laut. I rasa udang ni same jek rase dia. Kalau nak tahu ape beza. Tengok laa dia masak apa..baru laa boleh beza kan. I rase kan. Better korang jangan gerak dari rumah terlampau pagi tao. Sebab korang takkan mampu try semua kedai makan yang ade di Kuala Selangor, Sekinchan, Sg Besar. Dengan panas nyer. Kenyang nyer. Ramai nyer. So just select few shop yang betul-betul korang nak pergi. Tak guna semua ade dalam list. Tak kan mampu. Trust me.

First, yes, udang tu sangat fresh. Terasa manisnya, si A order set udang galah. Pergh. Galah dia Panjang bersepah-sepah. Sebab hari masih awal untuk check-in, kami follow itinerary redah sawah bendang luas terbendang.. next stop, Sekinchan Coconut Farm. Once of Instagram-able place.  Apa saja desert yang di perbuat dari air kelapa. Boleh dapat kat sini. Rasa air kelapa sangat fresh. Manis. Tak perlu tambah gula. Redup. Boleh lepak lama-lama if korang banyak nak story-story.

Tak jauh dari coconut farm tu. Kami singgah Ah Ma House. Original Ah Ma house. Cantikkk. Tengah-tengah sawah padi. Ade seketul rumah tradisional. Vibes dia buat I betul-betul inspired. Nexr kalau I ade rumah. I nak décor like this. Balik pada cerita rumah ni. Nothing much. Kalau korang nak mengibau toys or junk food zaman-zaman 80-90s. kat sini semua ade. Seronok. Dapat rase macam time-time skolah dulu..

Dah puas ketawa-ketawa. Kami teruskan perjalanan ke Ladang tebu Aidil. Yang viral tuuu… masa ondaway tu kami Nampak d’rasa Jerami Ban Kenal. Okay. U-turn balik. And singgah. Agak mengecewakan. Sebab attraction kat situ Cuma Jerami yang bergulung-gulung tu. And ade warung. Memandangkan kami dah kekenyangan mee udang tadi tak hilang lagi. Kami photo-photo, posing-posing sikit. And teruskan perjalanan ke next…

Ladang tebu Aidil, along ade cakap. Longkang jek tu wak. Okay. Lets we see, not longkang bro, itu tali air. Ladang tebu di tengah-tengah sawah padi. Perkena air tebu, sayap bakar. Mee soup. Ehk..banyak laaa. Semua makanan minum petang boleh dapat kat sini. Panas? Ia, tapi redup ditengah-tengah antara pokok tebu. Menarikk. Kalau post posing celah-celah tebu tu. WOW! Menarik. Insyaallah like jek banyak…hahahha..sumpah! perut dah ketat. Nak tinggalkan sikit ruang untuk dinner. Ketiak dah ashammm, hari dah semakin petang. K let’s go check-in hotel.


 Le-Shore Hotel @ Permatang Pasir. Berada di Kawasan peraih-nelayan sungai KS, dikelilingi kedai makan seafood. Cantik bersih hotel ni. I nak bilik mengadap sungai. Tapi A booking lain. So dapat bilik tengah. Tak pe. Nanti kita tengok sunrise kat balkoni. Yay! Bilik for 3. RM150 besar giler. Kalau bawa kids. Tak payah cari katil banyak. Bawa toto jek. Tapi senyap-senyap. Bubuh dalam suitcase. Tak kantoi. Huhu.. okay, reset sekejap. Golek-golek. Mandi. And next let’s dinner



I baca ramai orang suggest Aroma Ikan Bakar,Jeram . Kalau ramai. Mesti lama kan. I rase almost 30-45 minit juga tunggu makan. Dah laa nak beratur pilih ikan pun Panjang. Gigih wey kami pilih ikan siakap, Sweet sour. Udang 3 ekor goreng tepung. Ketam goreng 2 ekor masak butter telur masin. & kerrang bakar. Mungkin kuala Selangor ni terlalu panas. So kenyang siang tadi masih terasa lagi. Makanan pun dah order. Nak taknak kene habiskan. Sumpah kekenyangan. Perut macam nak meletup dah ni awakkkkkk…hahha..sudah kenyang..jom balik tidur..

Day 2:

Okay..time ni. I dah start malas nak menaip. Tepu. Tapi hidup harus diteruskan jua. Wahahha..okay. kami bangun awal pagi untuk sunrise. Awal mende kalau jam 8 baru keluar bilik. Hahaha.. skip yang blablabla tu. Kami checkout around 9am, and gerak cari breakfast. Kalau ikut trip blogger-blogger lain. Trip ke kuala Selangor tak sah, kalau tak sarapan di kedai Roti Canai Pelangi tak lengkap laa itinerary korang. Pelangi ada 7 warna. Setiap warna ada rasa yang berbeza. Dap-dap. Yang paling laris. Warna kuning. Perisa durian. Haha… macam-macam makanan ade. Dari kuih muih. Nasi ambeng. Hingga ke sushi. Semua ade. I saran kan korang dating sini lihat and cuba sendiri.


Lepas sarapan. We alls teruskan perjalanan ke Lumut, Perak. Dari KS ke Lumut, melalui lebuh raya baru WCE (Teku Intan - Lumut) mengambil masa 2jam. A pulak drive macam driver F1, kami sampai awal. Jam 12 dah sampai. Dulu, I study di area lumut. pengalaman, ke pangkor melalui jetty Lumut. So trip kalini, I plan nak ke pangkor melalui Jetty Marina. Orang suruh booking by online. Memikirkan perjalanan kami tak tahu nak kemana, kot-kot laa ade nak menyinggah mana-mana. Sampai jek kami di jetty. I beratur di counter ticket. Ooo rupenyer, ade few computer untuk korang booking online. Semua details korang kene isi sendiri. Then once dah comfirm. Baru beratur di counter, untuk buat payment and print ticket. Sepanjang process beli ticket ni. Sangat menarik. Ade staff akan bantu korang how nak isi details tu semua. Mudah.

 Oh yee.. https://pangkorferry.com/

ferry ticket for adult: RM 14/way

                            kids: RM 6/way

Parking: Berbumbung : RM40/day

            tidak bumbung : RM20/day

paling awal, ferry jam 3pm, so kami pergi lunch di kedai yang berdekatan. Okay. Skip yang lepak makan-makan tu. Kami naik ferry staright to Jetty Pulau Pangkor, perjalanan mengambil masa 10 minit jek. Oo ya, one from another reason kenapa I pilih jetty pangkor, sebab time ni musim hujan tau wak. Agak cuak jugak nak redah laut lama-lama. Haha. And lagi pun bosan kan buang masa lama-lama dalam ferry. Hahaha

Oh ye. During que-ing nak masuk ferry, ade brother2 offer sewa motor and kereta. Hotel.. so xpayah pening-pening. I decide kita terus booking motor kat sana. Sampai jek pangkor. Terus pickup. Dah senang xpayah piker-pikir macamne nak merayau nanti. Harga sewa motor RM40/sebuah. Harga kereta if x silap I dalam RM60. Depends on kereta. Dok pulau, kalau sewakereta x syok laa kan. X beach girl laaa..hahah. dah amek motor, kami isi fuel. RM3 cukup 2 kali pusing pulau. Kami terus ke hotel yang kami dah booking kelmarin.


 Tatami D’tepi Laut. I rase ini ketagori guest house laa kot. Ke hotel. Ntah laa. Bertemakan Jepenesse culture. Kalau u guys searching this hotel, yes! Sangat menarik perhatian. Then masa sampai. Agak terkejut. Bilik yang kami pilih itu sangat sempit. Ngam-ngam tilam. Tapi bathroom sangat luat. Boleh mandi ramai-ramai. Mase kami check-in tu ade laa lalu depan bilik yang tengah housekeeping, bilik tu sangat besar, and 2 tingkat. If andai korang pergi family, I saran kan korang amek bilik disini. Siap ade washing machine and café boleh korang lepak. Cantikk tau Kawasan ni. Hotel ni terletak di Pasir bogak. Okay kami letak beg dulu, and rest. Kering-kering kan ketiak.


 Dah makan, dah tidur, time to round-round pulau. Hasil google and pengalaman dolu-dolu.. almost lest then 30minit jek habis round satu pulau. Cuma agak seram once u sampai balik pulau tu. Sunyi jekk. I pun press jek motor tu laju-laju. Takut jugak wey. Dari Pasir Bogak. Korang terus ke Teluk Nipah. Kalau diikutkan, tourist ramai yang stay Teluk nipah. Mudah dari makanan. And chalet area situ mur-mur tao. Situ pun I suggest u guys choose. Sambung cerita ronda pulau. U guys akan sampai area perkampungan orang Pulau Pangkor ni. Dari kampung melayu. Sampai laa penduduk kampung cina. Di situ ade satu kilang makanan hasil laut. Kilang Satay Ikan Hai Seng Hin. Kalau nak bandingkan harga ikan bilis mata biru or ape-ape jek..kat sini murah dalam 5inggit gitu. So not bad juga sebenarnya. Disebabkan kami plan stay hanya 1 malam sahaja, so ape yang kami berkenan, terus grab. Guys. Try fikir kan, macam mane nak bawa semua keropok-keropok ikan ni naik motor? Hahahha.. kangkang kan jek laa kan..haha. Kalau pilih ikan bilis pun macam beli baju. Susah nak buat pilihan. Apatah lagi beli chocolate kan..

 Mulai 2020, Pulau Pangkor sudah di ishtiharkan Pulau Bebas Cukai. Chocolate murah. Periuk pinggan mangkok, cigarette and perfume pun mur-mur. Macam pulau-pulau bebas cukai yang lain. I tanya jugak staff-staff kedai chocolate tu. Berapa maximum shopping untuk I di kenakan Tax. Dia cakap. pembelian melebihi RM1000. Tapi kalau akak dah stay min. 1 malam, akak bebas laa cukai nya. Awak nak beli ape ehk sampai sekian banyak nyer…hahha..okay. berbalik pada chocolate tu. Varity chocolate tu same jek dengan chocolate yang ade di Langkawi. I ade tips kalau nak beli chocolate kat sini. Mungkin korang tertarik nak masuk kedai yang warna warni, meriah and cantik tu.. boleh masuk. Pusing-pusing, tengok price & check expired date. Tapi opsss jangan beli dulu. Pergi kedai yang sebelah tu. Yang macam suram-tak suram tu. Komfirm. Murah sikit.hahahah nanti kalau korang dah sampai sana korang paham maksud i. date expired sama jek. Tp jauh lebih murah.  Wahahhahhaa

 Wak, motor dah penuh dengan barang shopping. And hari pun dah gelap. Kami decide balik hotel letak semua barang and patah balik ke teluk nipah untuk dinner. E cakap dia ade berkenan kedai makan kat area sana. Let’s rempit! Kedai yang kai pilih tu ade jual char kuew teaw. Ade satu stall ni menyajikan Lempeng kelapa. Pernah viral suatu Ketika dulu. Masa kami sampai tu beratur agak Panjang and azan magrib pun berkumandang. Abe lempeng tu cakap. Dia nak berenti and solat dulu. Lepas magrib dia sambung balik. Jenuh laaa si E ni menunggu. Dari jauh dia Nampak abe Lempeng tu. Berlari dia pergi beratur. Hahaha beratur-beratur turn yang ke 3 jugak. Tapi masa tu abe Lempeng had kan pembelian setiap orang. Sorang 2 jek. Biar semua orang dapat rasa. Rasa? Yaaa Lempeng kan.. itu laa rasanya.. Cuma dia x kedekut resepi. Cukup rasa. Abe buat ikhlas. Kalau nak cakap pasal makanan dalam Pulau Pangkor ni. Memang dari dulu I anti sikit. Wahaha.. xpernah nak kene selera i. tawar laaa. Masin laaa. Tapi char kuew teaw ni padu. Mungkin tahap kekenyangan kelmarin masih penuh lagi or badan penat. I rase sedap jek semua makanan. Dasar gomok. Melantokkk jek kije. Hahha.. dah kenyang kan..jangan tanya laa kami buat ape lepas tu.


 Balik. And tidur.. jumpa esok!

 Day 3:


It’s was last day our trip. Nak balik to normal. Pagi tu kami keluar. A cakap nak pergi beli ikan masin kat kilang semalam. Okay masih ade masa untuk patah balik. I skip lagi kitorang breakfast tempat acik nasi lemak bergaduh. Kami terus ke kilang and kedai chocolate semalam. Orang kata habiskan saja duit yang ada.. hahhaa. Masa ontheway nak balik untuk check out. I ajak dorang pergi singgah Kota Belanda. Seingat I, selama I pergi ulang-alik Pangkor. I x pernah lagi sampai Kota Belanda. Kelakar wey. So kali ni I paksa dorang teman  I pergi. Melalui beberapa Kampung Melayu, merentasi sebuah batu bersurat. Sampai laaa kami ke kota Belanda. Sejarah Kota Belanda ade tertulis, sebenarnya kota ini di dirikan untuk menyimpan bijih timah yang diperolehi dari negeri Perak. Panas wey pangkor ni. So kami puas posing. Kami nak balik and check out. Ferry kami jam 1145. Ngam kan planning kami. So kemas-kemas, and check-out. Ride to jetty and return motor. X lama lepas tu, terus naik ferry balik ke Jetty Marina. Gerak ke kereta and keluar.


Kami mulakan perjalanan kami ke KL. Dari Lumut ke KL mengambil masa 4 jam. Kalau boleh. Taknak laa sampai lewat malam kan di KL.so kami takde singgah mane-mane dah. Straight Exit Tol Bidor. Dah dekat nau ni. A ajak singgah pergi Lunch (kol4pm ehk) kat Nasi Bamboo Sg. Klah. Korang pernah try x? kat sini paling sedap kambing bakar dia. Crowed yang ramai. Korang mesti x ingat dah  panas nyer Malaysia ni. Sebab korang dah lapar kan. Hahaha. Menu wajib. Ini satu lagi Venue Wajib korang singgah. Dah kenyang dah Tapau. Mari teruskan perjalanan pulang.

 Dalam ontheway tu, kami borak macam-macam. Remined balik kenangan 3 hari yang lepas. Guys. Should kita plan next Trip. Wahahha. Once korang dah get into Buddies korang. Belum sempat sampai rumah. Korang dah plan next plan. I can’t imagine how happy kitorang.

 Kalau u guys baca trip I kali ini. Agak simple and I banyak strstight to the point jek. I xcerita pun permasalahan yang ade or cekadak-cekadak semua. Sebab I rase masalah yand I hadapi. Just a personal things. I xperlu nak luahkan. And korang pun just nak tau itinerary and review I pada sesuatu tempat. Macam I cakap. Kalau I x telalu memuji sesuatu tempat itu or comment rasa makanan tu. Bukan taknak puji. Selera kita berbeza. I write as per my experience. Kalau tak best. I x laa review kan. Tapi kalau u guys looking for simple itinerary and short Vacation. Here my suggestion. I tahu. Setiap kali baca blog looking for itinerary, budget and review. Itu jek yang korang akan cari. Ade mase ke korang nak baca blablabla I tu. Betul x. correct me if I’m wrong.

 Okay. Tentang budget. Seperti biasa. I’ll skip Food & Shopping. Dah tau kan kenape. Buat apa juga nak share. Dah sah-sah I over budget.  Hahaha..

 

 And I ulang sekali lagi. Komfirm korang malas nak baca blablabla I kan. Here the link for my short Vacation. Harap dapat membantu korang okay! Okay laaa dah penat menaip. Nak tido dulu. Soon kalau I ade pergi mana-mana lagi. I update korang k. and one more thing. Korang tinggalkan laa sedikit jejak kat ruang komen kat bawah tu kalau korang ade terbaca blog I ni. Sebab dah terlalu lama I stop write. So, I hope masih ade lagi readers yang sudi membaca.

 Chaw-cin-cau


Read More

ITINERARY: KTM TRAIN TO LANGKAWI

Wednesday, April 4, 2018

2 comments
Assalammualaikum, 



marilah kita update, previous trip sebelum kenangan itu hilang dari ingatan. harini i nak update u guys. sebelum i berangkat trip Cruise with abam-abam bodyguard, i ade buat terjah trip, feeling-feeling solo backpackers. konon nak direct ke hatyai, Thailand. tapi, bila kira-kira. masa yang tidak menentukan. so, kali ini, i pergi dengan my beloved travel buddy, nun jauh dari sabah bah. nak nau pergi langkawi kate nyer.. i dah geleng-geleng kepale. ape ade dekat langkawi tu kak oit. tapi takpe. dia berikan 100% kepercayaan i untuk jadi mastermind untuk this trip. habis bincang. kami decide ke langkawi by train. i google. ade jek orang pergi langkawi naik train. so, ini tips i harap dapat membantu korang k. 

Kereta Api Tanah Melayu (KTM), ade beri korang pilihan untuk membeli ticket, sama ada atas talian, ataupun di kaunter. untuk jadi seorang blogger kaki jalan. i decide untuk pergi beli di kaunter. tapi sebelum tu, i  buka website, check tarikh, masa perjalanan i, supaya jimat masa. dan yang paling penting adalah harga. harus diingatkan, pengalaman haritu, masa yang di jadualakan, di dalam website, tidaka sama dengan di kaunter. i tanya berulang kali, sampai operator yang jual ticket tu nak marah i. haha. so, i harap korang takkan silap beli ticket. adalah lebih senang. kalau korang terus ke kaunter ok. 

planning kami adalah untuk ke Padang Besar, pergi jalan-jalan di Boader Malaysia-Thailand terlebih dahulu. kemudian, baru Langkawi. i nak tengok sunrise dari pandangan didalam kereta api. i nak naik train yang lama, Senandung Semalam..haha.. malayangnyer, perkhitmatan train dah ditamatkan. 



so, kalau ikutkan masa terakhir tren ke Padang besar, jam 1150pm, dan akan tiba didestinasi sekitar jam 6pagi. so, i beli jek. itu atas perancangan awal kami. nak di jadikan cerita. kedai sekitar Padang Besar tu akan buka sekitar 9pagi. lama nyer tu, nak duduk mana kami. disebabkan dah beli, ticket yang berharga RM76/way. kami teruskan perjalanan. kami rancang akan turun di Station Arau. 


kalau korang ade perancangan nak ke Langkawi by train. i cadangkan korang beli ticket esok pagi, kereta api yang pertama, sekitar 6pagi dari KL sentral. dan korang akan tiba di Station Arau Perlis, sekitar 11pagi. korang dapat sunrise tu. korng still boleh sambung tidurkan. dan korang tidak akan buang masa menunggu hari siang. better tidur atas katil kat rumah. kenapa? sebab, sepanajang perjalanan kami, tren sangat laa terang benderang. tak boleh tidur dik.. 



i means, kalau korang nak direct ke Langkawi by tren, ini itinerary untuk korang, harap membatu laa yek

0600 am; tren pertama KUL Sentral - Station Arau. perjalanan mengambil masa selama 6jam.
1100 am; arrived at Station Arau, Perlis. sampai di Arau, korang boleh ambil Taxi/ Grab car 
                untuk ke Jetty Kuala Perlis. sekitar RM25-RM30. perjalanan ambil masa 15 minit 
                dari Station Arau.
1130 am; dah boleh beli ferry ticket, maybe korang boleh beli kol12pm. perjalanan dari 
                Jetty Kuala Perlis ke Kuah Langkawi ambil masa 1jam 15minit. so i assume, 
                korang akan sampai dalam pukul
0130pm; sampailah korang ke Jetty Kuah. korang pick kereta, pergi lunch dulu. tup-tup dah pukul
0200pm; boleh check-in.
then teruskan planning korang. 

hope sedikit sebanyak dapat membantu korang k. tunggu update i yang lain k. jangan lupa kasi laa comment sikit tao, tanda korang ada baca entry i ni k..

Read More

LIFE; BUKIT BATU PUTIH, PORT DICKSON @ NEGERI 9

Friday, May 19, 2017

No comments
Assalammulaikum,


biasa dengarkan. Bukit Batu Putih, Port Dickson Negeri Sembilan. kalau kaki hiking. bukit ini super duper easy. nenek umur 80tahun pun ketawa tergolek-golek dengar. for me. yup. its easy. ibarat. u spend 1 wholeday berjalan keliling shopping mall dengan heels. penat jugak laa kan. but, kali ni agak pelik sikit bunyi sebab kami pergi ni atas permintaan mengidam pregnant mom 7bulan. hah! tekejut x? kami yang bawa ni pun pikir macam-macam. 1st, i siap suruh mak buyung buat surat suruh laki dia sign, supaya if anything happen nanti. laki dia tak salah kan i. haha. i mula-mula buat xlayan jek. serius mengarut. bagi laa cadangan lain. haha. but, semuanyer di permudahkan. kami plan, and that sabtu dorang datang my house.

0730am dorang sampai rumah and we'll start out journey. to Port Dickson. singgah beli air, beli breakfsat. beli minyak. then kami gerak.

0930am kami sampai. kalau u'lls tanya tempat parking kereta. korang kene park kereta kat tepi-tepi hotel tu, tak jauh pun. kami breakfast dulu. siap make up2 bagai. orang nak hiking, dia nak melaram.. yek laa kan, da bawa mak buyung, so kita santai2 jek.

1000am kami start naik, dari pintu gerbang ke laluan masuk mau ambil masa 15minitjuga ikut jalan bertar. tapi bukan jalan rata okay. bukit mencogak ke atas, baru 5minit pertama. i nak surrender. hahaha. redah punya redah. lebih kurang 1jam jugak mak ngah limah melengang. sikit-sikit berhenti amek gambar. haha, so kami tiba di hujung jalan. yes, permandangan yang cantik. memang cantik. mau sejam jugak kami duduk sana ambil gambar posing sakan. bila matahari dah naik meninggi. kami pun balik. konon nak jalan-jalan sat kat pantai. pastu pusing-pusing pekan Port Dickson.






0200pm kami singgah lunch kat nasi ayam bakar pasu tu, time tu belom famous lagi. not bad laa rasa dia, mula-mula takut tak habis, so kami amek sorang sepinggan jek. dah tau sedap. siap order 1/2 ayam. nampak tak. tahap kepenatan tu. makan pun da macam bela hantu. as you olls know laaa kan. kalau da penat. komfirm mengantuk. so, we all tidur sekejap kat tepi laut tu, tido dalam kereta, then bangun. mandi laut sekejap. sebab hujan kan, pastu kami mandi bersih-bersih siap bawa baju tukar tau. ye laaa kalau da mandi, fresh sikit nak drive kan. siap-siap, kami pergi minum petang di Cendol Bakar, mak bunting makan tak hingat orang..

so itu jek pun, kalau korang cari tempat menarik untuk family activiti, maybe. ini boleh mebantu. supper easy. then lepas tu boleh bawa anak-anak pi mandi laut pulak kan.. mane tahu nie boleh jadi program this weekend.




Read More

Hotel Review: Eastville Residence, Berserah Kuantan Pahang

Friday, June 17, 2016

No comments

Address: LOT 17192, KM13 Jalan Kuantan Kemaman Sg Karang Pantai, 26100 Kuantan, Malaysia

Contact: 09-5444881@ 0169209079



Average Price: RM245
                          Included: 6 % Tax.

Room Type: Family Room (1 single bed & 1 double bed)

Hotel Facilities:
  • TV
  • Telephone (Satellite Channels)
  • Desk
  • ironing Facilities
  • Drying rack for clothing
  • Shower
  • Toiletries
  • Toilet paper
  • Tea/Coffee Maker
  • Wake-up service
  • Towels 
  • Non-smoking policy 

General:
  • Luggage Storage: you can Store Your Bags at This Property.
  • Hardwood/Parquet floors
  • Lift
  • Check-in: 14:00 hours
  • Check-out: 12:00 - 13:00
  • Pets Are Not Allowed.    
  • Free! Private Parking  
  • No Airport Shuttle Available     
  • Mount View
  Closest landmarks
  • Sungai Kuantan River 40.5 km
  • Pantai teluk cempedak 34.7 km
  • Kuantan Port 15.7 km
  • tanjung lumpur 41.2 km
  • Kuantan city 49.8 km
  • Kemaman Terengganu 34.9 km
  • Cherating 12.7 km
Breakfast: No Breakfast Available

Reviews: kalau you olls Tanya I how this hotel, atcualy. It’s a typical hotel laa, and untuk family room. Standart laaa kan. Bilik yang besar, parking yang banyak. Tilam yang empuk. Air-corn yg teramat sejuk. Muslim friendly. Tapi selalu nya with breakfast. But. Disebabkan takde breakfast and not enough pillow. i don’t think so laa it worth it. Tapi ape yang I suka bout this place. They all sangat friendly, bersih. Tenang. And easy. Walaupun mahal. I rasa okay jek. If u nak check in awal. Pun boleh. And if korang pergi dengan parents. Yes! It’s suitable for you. I recommend. So korang banyak pilihan kan. Boleh bandingkan my review. 

Gallery:








Read More

ATTRACTION; Kedah; Langkawi @ Kilim Geoforest Park

No comments













Read More
Copyright © A W E K R E T R O . M Y. Blog Design by SkyandStars.co