Saturday, November 18, 2017

MY TRAVEL: HO CHI MINH @ VIETNAM (PART 2)

lets us sambung for the second day. hari kedua ni atcually kami plan nak pergi Mekong tour. tapi disebabkan ade salah paham sewaktu mem-booking agent. agent dengan rela hati, ambil kami dan akur. untuk bawak kami pergi shopping for wholeday. and seluruh kedai borong area Ho Chi Minh ni. kalau korang amek full Mekong tour ni. dorang akan bawa tour and Shopping juga. dorang akan pick up from hotel around 8am. and habis tour at Mekong around 3pm. then korang nak pergi shopping? sempat ke kak non? so i habis pikir dan ikutkan hajat datin-datin tu. kami pun decide untuk Shopping day. okay. let me start dari kami bangun tido yang terlajak subuh tu.. hahhaa


disebabkan kami nak shopping jek. so, driver kami will pick up us around 9am. so sempat laa kami pergi breakfast. so. kalau ikut map. kami pergi balik ke Malaysian Street. atcually hotel tu ade jek sediakan breakfast. tapi. negara orangkan. was-was sikit. selagi kita ade choice. why not kita pergi kan. kali nie kami pergi kedai sebelah. kedai Hj. Osman. kami decide. dari pintu kedai yang macam menarik. hahaha..

korang nak tahu tak ape yang kitorang order? 

yang tak boleh bla. konon minta laa roti telur. hahaha.. prata frozen + telur diatas. sangat laa kelakar. hahaha.. nak kata tak sedap tak boleh kan. so, i said. boleh laa makan. budget breakfast 120k DONG. okay kot laa kan untuk tahan dari lapar nanti. then pagi-pagi lagi kami dah try Vietnam Coffee ice. no wonder orang cakap sedap. memang kaw-kaw padu. tapi orang kate. paling best yang jual di motor tu. takpe. nanti kita try. lepas breakfast. kami balik hotel. siap-siap and tunggu driver. the good is. driver sangat on time. and i think they used their own car. sebab i asyik kene marah jek.. hahha. 



changgih sangat kereta ko ni bang. uuuit chevolet nie kira kereta paling murah laa untuk dorang. hebattt. haha. mesti korang tertanya-tanya kan. siapakah agent yang kami pilih nie. habis google. tengok di IG. tengok di FB. akhir nya i jumpa satu agent yang Arjalee pakai. Ibrahim. travel agent yang beragama islam. penduduk tetap Vietnam yang boleh berbahasa melayu. senang laa kan datin-datin tu nanti. so just DM kat FB (KLIK SINI) the best is. tak perlu buat booking fee. just remind him before u terbang. insyallah xde hal punya. okay. package yang kami ambil nie. seorang RM100 per head. murah kan. tapi takde lunch laa. tapi masih okay kan. nama guide kami "Kassim Selamat". 

kita start our journey. perjalanan dari hotel ke kedai pertama. di District 7, mengambil masa 20minit. tapi ya ampun. nasib kami pergi weekend. menurut Kassim, hari minggu Bandar Ho Chi Minh tidak jammed. tapi punya laa banyak kereta. kami yang kat belakang nie siap nak tolong pijakkan break. punya laa menakutkan. berani gila. bukannyer banyak kereta. tapi lambakkan penunggang motosikal tanpa helmet. adoiii. yang tengok ni. sesak nafas tao. hahaha. lepas 20minit tahan nafas. hembus nafas. kami pun sampai. 


mula laa mata datin-datin i tu. panas. hahaha. tadi i ade google dorang ade website. jemput tengok okay. (DAINA'S) menurut kepercayaan perniagaa disini. customer pertama adalah yang membawa tuah. so, staff dorang punya laa melayan kami nie dengan baik. setiap sorang di bantu. dorang nie sangat laa peramah. macam-macam cerita tau. pandai berbahasa melayu lagi. ape yang menarik kedai pertama ini. tudung-tudung duck, ariani. lebih menaarik berbanding di Night Market Malaysian Street. tapi. sabar dik. nie baru kedai pertama akak pergi. so i just grab few tudung. dah janjikan. bukan nak beli banyak . beli untuk diri sendiri. haha. i amek untuk mama 1, untuk i. 3 RM44 hahaha. datin-1 i beli telekung siti Khatijah. kate nyer. kualiti yang sama. dan harga yang murah. 

first kedai, datin iolls da habis RM200. next Kassim bawa ke another kedai. MSM Fashion at Tran Trung  Street. kra-kira 15minit dari Daina's Collection. konsep kedai ni adalah rumah. setinggi 3 tingkat. bapak penat weyy. tingkat pertama adalah telukung. segala jenis telekung dari brand mak kiah. sampai lah kak Siti Khadijah. alaaa... jangan laa tanya original ke tidak. i pun tak tau nak beza kan. telekung kat sini lebih murah. Starting price. RM10 - RM50. murah kannnn. naik atas lagi. seksyen baju-baju jubah. biase-biase jek. klo korang nak tambah collection. boleh laa borong. starting price RM25 sehelai. beli lagi banyak lagi murah laa kan. then atas sekali. seksyen tudung. nahhhh..kedai nie. tak banyak pilihan. Duck, Neelofa, Ariani. tapi. design dia berbeza. sangat berbeza dan harga agak mahal dari kedai yang sebelum tu. mahal RM3-RM5. tapi design pun jauh lebih cantik. thats why mahal. so i grab 1 telekung Mak Kiah RM25, 4 tudung ariani bawal laser cut RM43 


dah habis shopping sini. jom lunch time. so, kami pun minta kassim bawa kedai makan luar dari Malaysian Street. tapi kassim cakap. jauh lebih mahal. so, dia suggest di Malaysian Street. mintak-mintak laa bukan kedai semalam.. haha.. okay..pilihan yang bijak. serius kedai ni sedap. dan jauh lebih murah dari kedai lain. i order nasi goreng nanas and liamu suam. total makanan i tu 115k DONG. jauh lebih murah kan.. 



lepas makan kassim bawa kami ke satu-satunya masjid di Ho Chi Minh ni. Masjid Rahim terletak di 45 Nam Ky Khoi Ngia Q1. masjid yang kecil. tapi cukup memadai. bersih sangat. rasenyer. bangunan kat sini saiz yang kecil. tapi tinggi-tinggi. 

lepas solat, kami sambung lagi episode membeli belah. uolls paham jek laa kan, kalau da pemandu pelancong lelaki. mane nyer nak tahu kat mane lagi tempat shopping yang best. hahaha. ade ke dia nak bawa kita pergi shopping mall mahal-mahal tu. baik kita gi kat KL jek. pusing-punya pusing, kami sampai kat Saigon Square. saigon square nie terletak di tengah-tengah bandaraya. dan ini bukan lah pasar borong yek kawan-kawan. dan yang menariknyer. di sini semuanya menjual pakaian mordern. seksi-seksi. tapi sangat cantik. kualiti nyer bagus. kalau nak cakap ciplak pun nampak macam tak. serius. guys.. cantik-cantik. tapi kebanyakkan nyer. agak mahal kalau berbanding baju-baju, beg-beg, kasut-kasut dari tempat borong, Ben Than Market or pasar malam tu nanti. so. i pergi buat survey jek laa. mane tahu korang ade teringin nak membeli. you should come here. tapi make sure duit kene kepok-kepok.. tauu



next kami ke Linda Wholesale. korang kalau google, korang mesti jumpa nama nie dulu dari kedai lain-lain. Nak  diceritakan murahnya baju dekat sini, baju kurung yang dah siap dalam RM45-120 je. Jubah yang harga dekat instagram dalam RM100-200 tu dekat sini RM65 je wehh. Mana nak dapat. Material tiptop, design uptodate lagi ape. kalau korang naik sampai tingkat atas. ade sale lagi. i dapat beli baju kurung harga RM10. biar dah lapok dik zaman corak tu. tapi okay laa buat bantai pi office kan. Gilaaa seronok aku memborong. datin lagi laaa, hilang dalam lipatan kain tu Hahahaha.



mata dah naik juling kan tengok kain. and hari pun dah nak petang, kassim tanya ade kami nak kemane-mane lagi. untuk last stop before we going back to hotel. datin2 minta Turn Back to Daina’s Collection. nunnnnn kedai no. satu tu. wahaha. punya laa sabar dreba kami nie. gagah jugak lah dia pusing balik. tapi jalan punya laa jem. mahu dekat 30minit juga kami stuck. nah. petang tu. berabis laa datin borong ariani. patah kaki nak. dah tak larat nak tengok kain. haha.. 


mesti korang pikir, sikit jek kan plastik kitorang. tu yang kata sampai nak patah kaki. yang hitam-hitam tu beg plastik jugak tao. mahu ade 15 beg plastik. orang di hotel tu, tengok jek kami borong. 3 kali  turun naik jugak nak bawak ke bilik. lepas siap rest, mandi solat. i ajak dorang pergi habiskan duit dong. so kami ke Malaysia Street. gagah wey. tak nak dinner. kononnyer kenyang lagi. maybe sebab dah terlampau penat kan. kami beli vietnam coffee yang orang semua war-warkan. serius. sedap sangat. sangat. sangat. pekat. manis. tak pahit. tak masam. complete. memang patut pun korang kene try. serius sedap. kalau vietnam coffee di malysia pun belum boleh lavan. maybe crimer yang dorang pakai tu. buatkan coffee tu rase lebih sedap. oo mane nak cari pulak crimer tu. 

macam i cakap. beg-beg kat ho chi minh nie memang worth it kalau nak beli. lagi-lagi beg outdoor. memang laa totaly ciplak. tapi korang kene tengok kualiti beg tu. hampir serupa dengan barang ori. dan harga lebih murah. tak pikir panjang laah. tawar punya tawar i grab 1 bag. untuk next travel. harga beg nie. RM60. nak explain kualiti tak tahu nak cakap ape. yang pasti. yang pasti tebal dan kuat. kalau tak percaya jom laa kita jumpa. i kasi tengok beg tu. 


sambung jek laa terus kan untuk last day. kami tak kemane pun melainkan. turun bawah beli Breakfast dekat kedai 24hours sebelah hotel. then siap-siap nak balik ke KL. kalau korang nak tahu. beg-beg datin tu semua kosong tau mase datang. time balik. beg semua beranak-ranak. hahhaa. dari sorang satu bag. jadi 3 beg. haha.. so korang next time kalau nak ke Ho Chi Minh korang sedia maklum bawa beg kosong yek. duit ringgit-ringgit bawak seguni. hahaha. maka tamat laa misi menghabiskan duit laki-laki deme. jangan tanye lah kan, nak pergi lagi ke tidak. ofkoz laa nenek-nenek, mak mertua semua nak join next Ho Chi Minh trip kami. kami bilang. tunggu karung duit kami penuh laa mek jah oiiit... 

No comments

Copyright © A W E K R E T R O . M Y. Blog Design by SkyandStars.co