Assalammualaikum,
alhamdullilah, dunia dah kembali pulih dari pelbagai penyakit. ya faham
it’s not 100% pulih. tapi alhamdullilah. kita dapat hidup normal kembali. i
ingat lagi, mula-mula malaysia dibenarkan merentas negeri. oooo sakan semua
orang merancang percutian dalam negara. semua tempat tumpuan pelancongan local
dipenuhi pengunjung. walaupun para perniaga perlancongan masih lagi belum ready
untuk meneruskan perjuagan mereka. Tu laaa.. semuanya beransur normal.
Happy for that. Dan juga kita semakin lupa tentang bahayanya Covid-19. Hahaha
guys, Trip terakhir i. I pernah terlintas. Next year, I nak rest
for travelling. At-lease a year. Konon. Boleh laa kumpul bajet lebih And boleh
travel luar asia. Nah! Dia bagi kita semua rest for 2 years. Kumpul? Hawoookkk
mane nak ade. Hahahaha..so kami start planning untuk mula kan journey kali ni
pergi yang dekat-dekat dulu. So kami pilih trip simple ini. Dalam takut-takut
virus covid ni. Kami plan pergi road trip Kuala Selangor & straight to
Pulau Pangkor, Perak. Hahaha. Tempah berjatuh lagikan di kenang. Apatah lagi
tempat bermain… aargh abaikan itu..
macam biasa. I ni seorang jenis yang harus Planning. At-lease. Ade
plan. Tak perlu ikut sepenuhnya. Tapi mesti teratur. Malas I kalau tengah2 on
the road. Baru pening nak pilih mana nak makan. Bila tanya semua orang.
Jawabnya”mana-mana jek. Aku tak kisah…”tapi once sampai order. Buat muke.. pang
kang..hahahha
jangan celoteh Panjang. Mari kita mulakan perjalanan..
Day 1:
Kami start perjalanan hari sabtu,9am dari Putrajaya. Tempat last
pickup buddies i. okay. Perjalanan dari Putrajaya to Kuala Selangor(KS)
mengambil masa 1 jam. Tak jauh pun. Yang jadi jauh nya. Kami decide untuk pi
cari breakfast area klang. Nahhh sesat sampai tanjong Dawai. Pusing-pusing,
kami keluar terus direct to KS. Kami decide nak brunch jek dekat Mee Udang
Banjir (Udang Galah). Alaaaa terlepas. U-turn sikit. And parking. Napsu yang membuas ni. Macam biasa. I order
set udang paling mahal. Wahahha.. Set udang Laut. I rasa udang ni same jek rase dia. Kalau nak tahu ape beza.
Tengok laa dia masak apa..baru laa boleh beza kan. I rase kan. Better korang
jangan gerak dari rumah terlampau pagi tao. Sebab korang takkan mampu try semua
kedai makan yang ade di Kuala Selangor, Sekinchan, Sg Besar. Dengan panas nyer.
Kenyang nyer. Ramai nyer. So just select few shop yang betul-betul korang nak
pergi. Tak guna semua ade dalam list. Tak kan mampu. Trust me.
First, yes, udang tu
sangat fresh. Terasa manisnya, si A order set udang galah. Pergh. Galah dia
Panjang bersepah-sepah. Sebab hari masih awal
untuk check-in, kami follow itinerary redah sawah bendang luas terbendang..
next stop, Sekinchan Coconut Farm. Once of Instagram-able place. Apa saja desert yang di perbuat dari air
kelapa. Boleh dapat kat sini. Rasa air kelapa sangat fresh. Manis. Tak perlu
tambah gula. Redup. Boleh lepak lama-lama if korang banyak nak story-story.
Tak jauh dari coconut
farm tu. Kami singgah Ah Ma House. Original Ah Ma house. Cantikkk.
Tengah-tengah sawah padi. Ade seketul rumah tradisional. Vibes dia buat I
betul-betul inspired. Nexr kalau I ade rumah. I nak décor like this. Balik pada
cerita rumah ni. Nothing much. Kalau korang nak mengibau toys or junk food
zaman-zaman 80-90s. kat sini semua ade. Seronok. Dapat rase macam time-time
skolah dulu..
Dah puas
ketawa-ketawa. Kami teruskan perjalanan ke Ladang tebu Aidil. Yang viral tuuu…
masa ondaway tu kami Nampak d’rasa Jerami Ban Kenal. Okay. U-turn balik.
And singgah. Agak mengecewakan. Sebab attraction kat situ Cuma Jerami yang
bergulung-gulung tu. And ade warung. Memandangkan kami dah kekenyangan mee
udang tadi tak hilang lagi. Kami photo-photo, posing-posing sikit. And teruskan
perjalanan ke next…
Ladang
tebu Aidil, along ade cakap. Longkang jek tu wak. Okay. Lets
we see, not longkang bro, itu tali air. Ladang tebu di tengah-tengah sawah
padi. Perkena air tebu, sayap bakar. Mee soup. Ehk..banyak laaa. Semua makanan
minum petang boleh dapat kat sini. Panas? Ia, tapi redup ditengah-tengah antara
pokok tebu. Menarikk. Kalau post posing celah-celah tebu tu. WOW! Menarik.
Insyaallah like jek banyak…hahahha..sumpah! perut dah ketat. Nak tinggalkan
sikit ruang untuk dinner. Ketiak dah ashammm, hari dah semakin petang. K let’s
go check-in hotel.
Le-Shore
Hotel @ Permatang Pasir. Berada di Kawasan
peraih-nelayan sungai KS, dikelilingi kedai makan seafood. Cantik bersih hotel
ni. I nak bilik mengadap sungai. Tapi A booking lain. So dapat bilik tengah.
Tak pe. Nanti kita tengok sunrise kat balkoni. Yay! Bilik for 3. RM150 besar
giler. Kalau bawa kids. Tak payah cari katil banyak. Bawa toto jek. Tapi
senyap-senyap. Bubuh dalam suitcase. Tak kantoi. Huhu.. okay, reset sekejap.
Golek-golek. Mandi. And next let’s dinner
I
baca ramai orang suggest Aroma Ikan Bakar,Jeram . Kalau ramai. Mesti lama
kan. I rase almost 30-45 minit juga tunggu makan. Dah laa nak beratur pilih
ikan pun Panjang. Gigih wey kami pilih ikan siakap, Sweet sour. Udang 3 ekor
goreng tepung. Ketam goreng 2 ekor masak butter telur masin. & kerrang
bakar. Mungkin kuala Selangor ni terlalu panas. So kenyang siang tadi masih
terasa lagi. Makanan pun dah order. Nak taknak kene habiskan. Sumpah kekenyangan.
Perut macam nak meletup dah ni awakkkkkk…hahha..sudah kenyang..jom balik
tidur..
Day
2:
Okay..time
ni. I dah start malas nak menaip. Tepu. Tapi hidup harus diteruskan jua.
Wahahha..okay. kami bangun awal pagi untuk sunrise. Awal mende kalau jam 8 baru
keluar bilik. Hahaha.. skip yang blablabla tu. Kami checkout around 9am, and
gerak cari breakfast. Kalau ikut trip blogger-blogger lain. Trip ke kuala
Selangor tak sah, kalau tak sarapan di kedai Roti Canai Pelangi tak
lengkap laa itinerary korang. Pelangi ada 7 warna. Setiap warna ada rasa yang
berbeza. Dap-dap. Yang paling laris. Warna kuning. Perisa durian. Haha…
macam-macam makanan ade. Dari kuih muih. Nasi ambeng. Hingga ke sushi. Semua
ade. I saran kan korang dating sini lihat and cuba sendiri.
Lepas
sarapan. We alls teruskan perjalanan ke Lumut, Perak. Dari KS ke Lumut, melalui
lebuh raya baru WCE (Teku Intan - Lumut) mengambil masa 2jam. A pulak drive macam
driver F1, kami sampai awal. Jam 12 dah sampai. Dulu, I study di area lumut.
pengalaman, ke pangkor melalui jetty Lumut. So trip kalini, I plan nak ke
pangkor melalui Jetty Marina. Orang suruh booking by online. Memikirkan
perjalanan kami tak tahu nak kemana, kot-kot laa ade nak menyinggah mana-mana.
Sampai jek kami di jetty. I beratur di counter ticket. Ooo rupenyer, ade few
computer untuk korang booking online. Semua details korang kene isi sendiri.
Then once dah comfirm. Baru beratur di counter, untuk buat payment and print
ticket. Sepanjang process beli ticket ni. Sangat menarik. Ade staff akan bantu
korang how nak isi details tu semua. Mudah.
Oh
yee.. https://pangkorferry.com/
ferry
ticket for adult: RM 14/way
kids: RM 6/way
Parking:
Berbumbung : RM40/day
tidak bumbung : RM20/day
paling
awal, ferry jam 3pm, so kami pergi lunch di kedai yang berdekatan. Okay. Skip
yang lepak makan-makan tu. Kami naik ferry staright to Jetty Pulau Pangkor,
perjalanan mengambil masa 10 minit jek. Oo ya, one from another reason kenapa
I pilih jetty pangkor, sebab time ni musim hujan tau wak. Agak cuak jugak nak
redah laut lama-lama. Haha. And lagi pun bosan kan buang masa lama-lama dalam
ferry. Hahaha
Oh
ye. During que-ing nak masuk ferry, ade brother2 offer sewa motor and kereta.
Hotel.. so xpayah pening-pening. I decide kita terus booking motor kat sana.
Sampai jek pangkor. Terus pickup. Dah senang xpayah piker-pikir macamne nak
merayau nanti. Harga sewa motor RM40/sebuah. Harga kereta if x silap I dalam
RM60. Depends on kereta. Dok pulau, kalau sewakereta x syok laa kan. X beach
girl laaa..hahah. dah amek motor, kami isi fuel. RM3 cukup 2 kali pusing pulau.
Kami terus ke hotel yang kami dah booking kelmarin.
Tatami
D’tepi Laut. I rase ini ketagori guest house laa
kot. Ke hotel. Ntah laa. Bertemakan Jepenesse culture. Kalau u guys searching
this hotel, yes! Sangat menarik perhatian. Then masa sampai. Agak terkejut.
Bilik yang kami pilih itu sangat sempit. Ngam-ngam tilam. Tapi bathroom sangat
luat. Boleh mandi ramai-ramai. Mase kami check-in tu ade laa lalu depan bilik
yang tengah housekeeping, bilik tu sangat besar, and 2 tingkat. If andai korang
pergi family, I saran kan korang amek bilik disini. Siap ade washing machine
and café boleh korang lepak. Cantikk tau Kawasan ni. Hotel ni terletak di Pasir
bogak. Okay kami letak beg dulu, and rest. Kering-kering kan ketiak.
Dah
makan, dah tidur, time to round-round pulau. Hasil google and pengalaman
dolu-dolu.. almost lest then 30minit jek habis round satu pulau. Cuma agak
seram once u sampai balik pulau tu. Sunyi jekk. I pun press jek motor tu
laju-laju. Takut jugak wey. Dari Pasir Bogak. Korang terus ke Teluk Nipah.
Kalau diikutkan, tourist ramai yang stay Teluk nipah. Mudah dari makanan. And chalet
area situ mur-mur tao. Situ pun I suggest u guys choose. Sambung cerita ronda
pulau. U guys akan sampai area perkampungan orang Pulau Pangkor ni. Dari kampung
melayu. Sampai laa penduduk kampung cina. Di situ ade satu kilang makanan hasil
laut. Kilang Satay Ikan Hai Seng Hin. Kalau nak bandingkan harga ikan bilis
mata biru or ape-ape jek..kat sini murah dalam 5inggit gitu. So not bad juga
sebenarnya. Disebabkan kami plan stay hanya 1 malam sahaja, so ape yang kami
berkenan, terus grab. Guys. Try fikir kan, macam mane nak bawa semua
keropok-keropok ikan ni naik motor? Hahahha.. kangkang kan jek laa kan..haha. Kalau
pilih ikan bilis pun macam beli baju. Susah nak buat pilihan. Apatah lagi beli
chocolate kan..
Mulai
2020, Pulau Pangkor sudah di ishtiharkan Pulau Bebas Cukai. Chocolate
murah. Periuk pinggan mangkok, cigarette and perfume pun mur-mur. Macam
pulau-pulau bebas cukai yang lain. I tanya jugak staff-staff kedai chocolate
tu. Berapa maximum shopping untuk I di kenakan Tax. Dia cakap. pembelian
melebihi RM1000. Tapi kalau akak dah stay min. 1 malam, akak bebas laa cukai
nya. Awak nak beli ape ehk sampai sekian banyak nyer…hahha..okay. berbalik pada
chocolate tu. Varity chocolate tu same jek dengan chocolate yang ade di
Langkawi. I ade tips kalau nak beli chocolate kat sini. Mungkin korang tertarik
nak masuk kedai yang warna warni, meriah and cantik tu.. boleh masuk.
Pusing-pusing, tengok price & check expired date. Tapi opsss jangan beli
dulu. Pergi kedai yang sebelah tu. Yang macam suram-tak suram tu. Komfirm.
Murah sikit.hahahah nanti kalau korang dah sampai sana korang paham maksud i.
date expired sama jek. Tp jauh lebih murah.
Wahahhahhaa
Wak,
motor dah penuh dengan barang shopping. And hari pun dah gelap. Kami decide
balik hotel letak semua barang and patah balik ke teluk nipah untuk dinner. E
cakap dia ade berkenan kedai makan kat area sana. Let’s rempit! Kedai yang kai
pilih tu ade jual char kuew teaw. Ade satu stall ni menyajikan
Lempeng kelapa. Pernah viral suatu Ketika dulu. Masa kami sampai tu beratur
agak Panjang and azan magrib pun berkumandang. Abe lempeng tu cakap. Dia nak
berenti and solat dulu. Lepas magrib dia sambung balik. Jenuh laaa si E ni
menunggu. Dari jauh dia Nampak abe Lempeng tu. Berlari dia pergi beratur.
Hahaha beratur-beratur turn yang ke 3 jugak. Tapi masa tu abe Lempeng had kan
pembelian setiap orang. Sorang 2 jek. Biar semua orang dapat rasa. Rasa? Yaaa
Lempeng kan.. itu laa rasanya.. Cuma dia x kedekut resepi. Cukup rasa. Abe buat
ikhlas. Kalau nak cakap pasal makanan dalam Pulau Pangkor ni. Memang dari dulu
I anti sikit. Wahaha.. xpernah nak kene selera i. tawar laaa. Masin laaa. Tapi
char kuew teaw ni padu. Mungkin tahap kekenyangan kelmarin masih penuh lagi or
badan penat. I rase sedap jek semua makanan. Dasar gomok. Melantokkk jek kije.
Hahha.. dah kenyang kan..jangan tanya laa kami buat ape lepas tu.
Balik.
And tidur.. jumpa esok!
Day
3:
It’s
was last day our trip. Nak balik to normal. Pagi tu kami keluar. A cakap nak
pergi beli ikan masin kat kilang semalam. Okay masih ade masa untuk patah
balik. I skip lagi kitorang breakfast tempat acik nasi lemak bergaduh. Kami
terus ke kilang and kedai chocolate semalam. Orang kata habiskan saja duit yang
ada.. hahhaa. Masa ontheway nak balik untuk check out. I ajak dorang pergi
singgah Kota Belanda. Seingat I, selama I pergi ulang-alik Pangkor. I x pernah
lagi sampai Kota Belanda. Kelakar wey. So kali ni I paksa dorang teman I pergi. Melalui beberapa Kampung Melayu,
merentasi sebuah batu bersurat. Sampai laaa kami ke kota Belanda. Sejarah Kota
Belanda ade tertulis, sebenarnya kota ini di dirikan untuk menyimpan bijih timah yang diperolehi dari negeri Perak. Panas wey pangkor ni. So kami puas posing. Kami
nak balik and check out. Ferry kami jam 1145. Ngam kan planning kami. So
kemas-kemas, and check-out. Ride to jetty and return motor. X lama lepas tu,
terus naik ferry balik ke Jetty Marina. Gerak ke kereta and keluar.
Kami
mulakan perjalanan kami ke KL. Dari Lumut ke KL mengambil masa 4 jam. Kalau
boleh. Taknak laa sampai lewat malam kan di KL.so kami takde singgah mane-mane
dah. Straight Exit Tol Bidor. Dah dekat nau ni. A ajak singgah pergi Lunch (kol4pm
ehk) kat Nasi Bamboo Sg. Klah. Korang pernah try x? kat sini paling sedap
kambing bakar dia. Crowed yang ramai. Korang mesti x ingat dah panas nyer Malaysia ni. Sebab korang dah
lapar kan. Hahaha. Menu wajib. Ini satu lagi Venue Wajib korang singgah. Dah
kenyang dah Tapau. Mari teruskan perjalanan pulang.
Dalam
ontheway tu, kami borak macam-macam. Remined balik kenangan 3 hari yang lepas.
Guys. Should kita plan next Trip. Wahahha. Once korang dah get into Buddies
korang. Belum sempat sampai rumah. Korang dah plan next plan. I can’t imagine
how happy kitorang.
Kalau
u guys baca trip I kali ini. Agak simple and I banyak strstight to the point
jek. I xcerita pun permasalahan yang ade or cekadak-cekadak semua. Sebab I rase
masalah yand I hadapi. Just a personal things. I xperlu nak luahkan. And korang
pun just nak tau itinerary and review I pada sesuatu tempat. Macam I cakap.
Kalau I x telalu memuji sesuatu tempat itu or comment rasa makanan tu. Bukan
taknak puji. Selera kita berbeza. I write as per my experience. Kalau tak best.
I x laa review kan. Tapi kalau u guys looking for simple itinerary and short
Vacation. Here my suggestion. I tahu. Setiap kali baca blog looking for
itinerary, budget and review. Itu jek yang korang akan cari. Ade mase ke korang
nak baca blablabla I tu. Betul x. correct me if I’m wrong.
Okay.
Tentang budget. Seperti biasa. I’ll skip Food & Shopping. Dah tau kan
kenape. Buat apa juga nak share. Dah sah-sah I over budget. Hahaha..
And
I ulang sekali lagi. Komfirm korang malas nak baca blablabla I kan. Here the
link for my short Vacation. Harap dapat membantu korang okay! Okay laaa dah
penat menaip. Nak tido dulu. Soon kalau I ade pergi mana-mana lagi. I update
korang k. and one more thing. Korang tinggalkan laa sedikit jejak kat ruang
komen kat bawah tu kalau korang ade terbaca blog I ni. Sebab dah terlalu lama I
stop write. So, I hope masih ade lagi readers yang sudi membaca.
Chaw-cin-cau
No comments
Post a Comment