Wednesday, April 4, 2018

ITINERARY: KTM TRAIN TO LANGKAWI

Assalammualaikum, 



marilah kita update, previous trip sebelum kenangan itu hilang dari ingatan. harini i nak update u guys. sebelum i berangkat trip Cruise with abam-abam bodyguard, i ade buat terjah trip, feeling-feeling solo backpackers. konon nak direct ke hatyai, Thailand. tapi, bila kira-kira. masa yang tidak menentukan. so, kali ini, i pergi dengan my beloved travel buddy, nun jauh dari sabah bah. nak nau pergi langkawi kate nyer.. i dah geleng-geleng kepale. ape ade dekat langkawi tu kak oit. tapi takpe. dia berikan 100% kepercayaan i untuk jadi mastermind untuk this trip. habis bincang. kami decide ke langkawi by train. i google. ade jek orang pergi langkawi naik train. so, ini tips i harap dapat membantu korang k. 

Kereta Api Tanah Melayu (KTM), ade beri korang pilihan untuk membeli ticket, sama ada atas talian, ataupun di kaunter. untuk jadi seorang blogger kaki jalan. i decide untuk pergi beli di kaunter. tapi sebelum tu, i  buka website, check tarikh, masa perjalanan i, supaya jimat masa. dan yang paling penting adalah harga. harus diingatkan, pengalaman haritu, masa yang di jadualakan, di dalam website, tidaka sama dengan di kaunter. i tanya berulang kali, sampai operator yang jual ticket tu nak marah i. haha. so, i harap korang takkan silap beli ticket. adalah lebih senang. kalau korang terus ke kaunter ok. 

planning kami adalah untuk ke Padang Besar, pergi jalan-jalan di Boader Malaysia-Thailand terlebih dahulu. kemudian, baru Langkawi. i nak tengok sunrise dari pandangan didalam kereta api. i nak naik train yang lama, Senandung Semalam..haha.. malayangnyer, perkhitmatan train dah ditamatkan. 



so, kalau ikutkan masa terakhir tren ke Padang besar, jam 1150pm, dan akan tiba didestinasi sekitar jam 6pagi. so, i beli jek. itu atas perancangan awal kami. nak di jadikan cerita. kedai sekitar Padang Besar tu akan buka sekitar 9pagi. lama nyer tu, nak duduk mana kami. disebabkan dah beli, ticket yang berharga RM76/way. kami teruskan perjalanan. kami rancang akan turun di Station Arau. 


kalau korang ade perancangan nak ke Langkawi by train. i cadangkan korang beli ticket esok pagi, kereta api yang pertama, sekitar 6pagi dari KL sentral. dan korang akan tiba di Station Arau Perlis, sekitar 11pagi. korang dapat sunrise tu. korng still boleh sambung tidurkan. dan korang tidak akan buang masa menunggu hari siang. better tidur atas katil kat rumah. kenapa? sebab, sepanajang perjalanan kami, tren sangat laa terang benderang. tak boleh tidur dik.. 



i means, kalau korang nak direct ke Langkawi by tren, ini itinerary untuk korang, harap membatu laa yek

0600 am; tren pertama KUL Sentral - Station Arau. perjalanan mengambil masa selama 6jam.
1100 am; arrived at Station Arau, Perlis. sampai di Arau, korang boleh ambil Taxi/ Grab car 
                untuk ke Jetty Kuala Perlis. sekitar RM25-RM30. perjalanan ambil masa 15 minit 
                dari Station Arau.
1130 am; dah boleh beli ferry ticket, maybe korang boleh beli kol12pm. perjalanan dari 
                Jetty Kuala Perlis ke Kuah Langkawi ambil masa 1jam 15minit. so i assume, 
                korang akan sampai dalam pukul
0130pm; sampailah korang ke Jetty Kuah. korang pick kereta, pergi lunch dulu. tup-tup dah pukul
0200pm; boleh check-in.
then teruskan planning korang. 

hope sedikit sebanyak dapat membantu korang k. tunggu update i yang lain k. jangan lupa kasi laa comment sikit tao, tanda korang ada baca entry i ni k..

2 comments

Anonymous said...

sangat membantu.. thanks tao

Anis Kamal said...

good idea, terimakasih kerana membantu

Copyright © A W E K R E T R O . M Y. Blog Design by SkyandStars.co