EAT: RESTAURANT HAJAH BASIROH, HO CHI MINH - VIETNAM

Wednesday, November 29, 2017

No comments


Address: 33 Nguyen An Ninh Street, Ben Thanh Ward, District 1, Ho Chi Minh City

Star: ¶¶¶¶

Price: Standard ¶¶

Contact: +84-918340729 / +84-903399248

Social Media: NONE

Operation Time: 7AM-12AM


Reviews: korang mesti tertanya-tanya, sedap ke makanan kat sana. nie kedai pertama i masuk. i order sup Ikan. with rice. ikutkan, giler mahal. tapi tak salah laa kan kalau kita berabis untuk rasa makanan halal di negara jiran kita. let me describe pasal sup ikan tu. ade tengok pic tu? yes mahal. sup ikan beharga  115k DONG. bersamaan RM21.15 kalau kt KL nie..habis kene maki. if you tanya i, menurut i menarik. soup yang isi ikan merah yang banyak. ade tomato 2 biji. kacang bendi 3 or 4 batang. beberapa hirisan nanas dan taugey. agak pelik kan. tapi tak salah kalau kita try rase. so pada i. sedap. boleh terima perut. maybe kalau kene sedikit pedas. lagi sedap. then i order Vietnam Roll. serius. kedai ni menarik. ade kedai lain i try. yang nie kira basic. simple. so, tak perlua takut nak try mane-mane kedai. semuanya ade rase yang tersendiri sedapnyer.. 







Read More

MY TRAVEL: HO CHI MINH @ VIETNAM (PART 2)

Saturday, November 18, 2017

No comments
lets us sambung for the second day. hari kedua ni atcually kami plan nak pergi Mekong tour. tapi disebabkan ade salah paham sewaktu mem-booking agent. agent dengan rela hati, ambil kami dan akur. untuk bawak kami pergi shopping for wholeday. and seluruh kedai borong area Ho Chi Minh ni. kalau korang amek full Mekong tour ni. dorang akan bawa tour and Shopping juga. dorang akan pick up from hotel around 8am. and habis tour at Mekong around 3pm. then korang nak pergi shopping? sempat ke kak non? so i habis pikir dan ikutkan hajat datin-datin tu. kami pun decide untuk Shopping day. okay. let me start dari kami bangun tido yang terlajak subuh tu.. hahhaa


disebabkan kami nak shopping jek. so, driver kami will pick up us around 9am. so sempat laa kami pergi breakfast. so. kalau ikut map. kami pergi balik ke Malaysian Street. atcually hotel tu ade jek sediakan breakfast. tapi. negara orangkan. was-was sikit. selagi kita ade choice. why not kita pergi kan. kali nie kami pergi kedai sebelah. kedai Hj. Osman. kami decide. dari pintu kedai yang macam menarik. hahaha..

korang nak tahu tak ape yang kitorang order? 

yang tak boleh bla. konon minta laa roti telur. hahaha.. prata frozen + telur diatas. sangat laa kelakar. hahaha.. nak kata tak sedap tak boleh kan. so, i said. boleh laa makan. budget breakfast 120k DONG. okay kot laa kan untuk tahan dari lapar nanti. then pagi-pagi lagi kami dah try Vietnam Coffee ice. no wonder orang cakap sedap. memang kaw-kaw padu. tapi orang kate. paling best yang jual di motor tu. takpe. nanti kita try. lepas breakfast. kami balik hotel. siap-siap and tunggu driver. the good is. driver sangat on time. and i think they used their own car. sebab i asyik kene marah jek.. hahha. 



changgih sangat kereta ko ni bang. uuuit chevolet nie kira kereta paling murah laa untuk dorang. hebattt. haha. mesti korang tertanya-tanya kan. siapakah agent yang kami pilih nie. habis google. tengok di IG. tengok di FB. akhir nya i jumpa satu agent yang Arjalee pakai. Ibrahim. travel agent yang beragama islam. penduduk tetap Vietnam yang boleh berbahasa melayu. senang laa kan datin-datin tu nanti. so just DM kat FB (KLIK SINI) the best is. tak perlu buat booking fee. just remind him before u terbang. insyallah xde hal punya. okay. package yang kami ambil nie. seorang RM100 per head. murah kan. tapi takde lunch laa. tapi masih okay kan. nama guide kami "Kassim Selamat". 

kita start our journey. perjalanan dari hotel ke kedai pertama. di District 7, mengambil masa 20minit. tapi ya ampun. nasib kami pergi weekend. menurut Kassim, hari minggu Bandar Ho Chi Minh tidak jammed. tapi punya laa banyak kereta. kami yang kat belakang nie siap nak tolong pijakkan break. punya laa menakutkan. berani gila. bukannyer banyak kereta. tapi lambakkan penunggang motosikal tanpa helmet. adoiii. yang tengok ni. sesak nafas tao. hahaha. lepas 20minit tahan nafas. hembus nafas. kami pun sampai. 


mula laa mata datin-datin i tu. panas. hahaha. tadi i ade google dorang ade website. jemput tengok okay. (DAINA'S) menurut kepercayaan perniagaa disini. customer pertama adalah yang membawa tuah. so, staff dorang punya laa melayan kami nie dengan baik. setiap sorang di bantu. dorang nie sangat laa peramah. macam-macam cerita tau. pandai berbahasa melayu lagi. ape yang menarik kedai pertama ini. tudung-tudung duck, ariani. lebih menaarik berbanding di Night Market Malaysian Street. tapi. sabar dik. nie baru kedai pertama akak pergi. so i just grab few tudung. dah janjikan. bukan nak beli banyak . beli untuk diri sendiri. haha. i amek untuk mama 1, untuk i. 3 RM44 hahaha. datin-1 i beli telekung siti Khatijah. kate nyer. kualiti yang sama. dan harga yang murah. 

first kedai, datin iolls da habis RM200. next Kassim bawa ke another kedai. MSM Fashion at Tran Trung  Street. kra-kira 15minit dari Daina's Collection. konsep kedai ni adalah rumah. setinggi 3 tingkat. bapak penat weyy. tingkat pertama adalah telukung. segala jenis telekung dari brand mak kiah. sampai lah kak Siti Khadijah. alaaa... jangan laa tanya original ke tidak. i pun tak tau nak beza kan. telekung kat sini lebih murah. Starting price. RM10 - RM50. murah kannnn. naik atas lagi. seksyen baju-baju jubah. biase-biase jek. klo korang nak tambah collection. boleh laa borong. starting price RM25 sehelai. beli lagi banyak lagi murah laa kan. then atas sekali. seksyen tudung. nahhhh..kedai nie. tak banyak pilihan. Duck, Neelofa, Ariani. tapi. design dia berbeza. sangat berbeza dan harga agak mahal dari kedai yang sebelum tu. mahal RM3-RM5. tapi design pun jauh lebih cantik. thats why mahal. so i grab 1 telekung Mak Kiah RM25, 4 tudung ariani bawal laser cut RM43 


dah habis shopping sini. jom lunch time. so, kami pun minta kassim bawa kedai makan luar dari Malaysian Street. tapi kassim cakap. jauh lebih mahal. so, dia suggest di Malaysian Street. mintak-mintak laa bukan kedai semalam.. haha.. okay..pilihan yang bijak. serius kedai ni sedap. dan jauh lebih murah dari kedai lain. i order nasi goreng nanas and liamu suam. total makanan i tu 115k DONG. jauh lebih murah kan.. 



lepas makan kassim bawa kami ke satu-satunya masjid di Ho Chi Minh ni. Masjid Rahim terletak di 45 Nam Ky Khoi Ngia Q1. masjid yang kecil. tapi cukup memadai. bersih sangat. rasenyer. bangunan kat sini saiz yang kecil. tapi tinggi-tinggi. 

lepas solat, kami sambung lagi episode membeli belah. uolls paham jek laa kan, kalau da pemandu pelancong lelaki. mane nyer nak tahu kat mane lagi tempat shopping yang best. hahaha. ade ke dia nak bawa kita pergi shopping mall mahal-mahal tu. baik kita gi kat KL jek. pusing-punya pusing, kami sampai kat Saigon Square. saigon square nie terletak di tengah-tengah bandaraya. dan ini bukan lah pasar borong yek kawan-kawan. dan yang menariknyer. di sini semuanya menjual pakaian mordern. seksi-seksi. tapi sangat cantik. kualiti nyer bagus. kalau nak cakap ciplak pun nampak macam tak. serius. guys.. cantik-cantik. tapi kebanyakkan nyer. agak mahal kalau berbanding baju-baju, beg-beg, kasut-kasut dari tempat borong, Ben Than Market or pasar malam tu nanti. so. i pergi buat survey jek laa. mane tahu korang ade teringin nak membeli. you should come here. tapi make sure duit kene kepok-kepok.. tauu



next kami ke Linda Wholesale. korang kalau google, korang mesti jumpa nama nie dulu dari kedai lain-lain. Nak  diceritakan murahnya baju dekat sini, baju kurung yang dah siap dalam RM45-120 je. Jubah yang harga dekat instagram dalam RM100-200 tu dekat sini RM65 je wehh. Mana nak dapat. Material tiptop, design uptodate lagi ape. kalau korang naik sampai tingkat atas. ade sale lagi. i dapat beli baju kurung harga RM10. biar dah lapok dik zaman corak tu. tapi okay laa buat bantai pi office kan. Gilaaa seronok aku memborong. datin lagi laaa, hilang dalam lipatan kain tu Hahahaha.



mata dah naik juling kan tengok kain. and hari pun dah nak petang, kassim tanya ade kami nak kemane-mane lagi. untuk last stop before we going back to hotel. datin2 minta Turn Back to Daina’s Collection. nunnnnn kedai no. satu tu. wahaha. punya laa sabar dreba kami nie. gagah jugak lah dia pusing balik. tapi jalan punya laa jem. mahu dekat 30minit juga kami stuck. nah. petang tu. berabis laa datin borong ariani. patah kaki nak. dah tak larat nak tengok kain. haha.. 


mesti korang pikir, sikit jek kan plastik kitorang. tu yang kata sampai nak patah kaki. yang hitam-hitam tu beg plastik jugak tao. mahu ade 15 beg plastik. orang di hotel tu, tengok jek kami borong. 3 kali  turun naik jugak nak bawak ke bilik. lepas siap rest, mandi solat. i ajak dorang pergi habiskan duit dong. so kami ke Malaysia Street. gagah wey. tak nak dinner. kononnyer kenyang lagi. maybe sebab dah terlampau penat kan. kami beli vietnam coffee yang orang semua war-warkan. serius. sedap sangat. sangat. sangat. pekat. manis. tak pahit. tak masam. complete. memang patut pun korang kene try. serius sedap. kalau vietnam coffee di malysia pun belum boleh lavan. maybe crimer yang dorang pakai tu. buatkan coffee tu rase lebih sedap. oo mane nak cari pulak crimer tu. 

macam i cakap. beg-beg kat ho chi minh nie memang worth it kalau nak beli. lagi-lagi beg outdoor. memang laa totaly ciplak. tapi korang kene tengok kualiti beg tu. hampir serupa dengan barang ori. dan harga lebih murah. tak pikir panjang laah. tawar punya tawar i grab 1 bag. untuk next travel. harga beg nie. RM60. nak explain kualiti tak tahu nak cakap ape. yang pasti. yang pasti tebal dan kuat. kalau tak percaya jom laa kita jumpa. i kasi tengok beg tu. 


sambung jek laa terus kan untuk last day. kami tak kemane pun melainkan. turun bawah beli Breakfast dekat kedai 24hours sebelah hotel. then siap-siap nak balik ke KL. kalau korang nak tahu. beg-beg datin tu semua kosong tau mase datang. time balik. beg semua beranak-ranak. hahhaa. dari sorang satu bag. jadi 3 beg. haha.. so korang next time kalau nak ke Ho Chi Minh korang sedia maklum bawa beg kosong yek. duit ringgit-ringgit bawak seguni. hahaha. maka tamat laa misi menghabiskan duit laki-laki deme. jangan tanye lah kan, nak pergi lagi ke tidak. ofkoz laa nenek-nenek, mak mertua semua nak join next Ho Chi Minh trip kami. kami bilang. tunggu karung duit kami penuh laa mek jah oiiit... 

Read More

HOTEL REVIEW: ZOOLUT STAY 271 HOTEL - HO CHI MINH CITY

Tuesday, November 14, 2017

No comments

Hotel: ZOOLUT STAY 271 HOTEL  
          271 Le Thanh Ton, Ben Thanh, District 1, Ho Chi Minh City, Vietnam

Contact: bookings@zoolut.com
               Tel: +84901825277
               (Whatsapp/SMS/Wechat/Viber)

Website:  https://www.zoolutstay.com/

Average Price: RM140-RM200

Room Type: 2 Double beds

Hotel Facilities:

  • Flat TV
  • Desk / Drying rack for clothing 
  • Ironing Facilities
  • Private Shower
  • Toiletries / Tissue Paper
  • Tea/Coffee Maker
  • Towels
  • Hair Dryer
  • Standard Socket
General:
  • Check In: 14:00 / out: 12:00 
  • Free WIFI 
  • airport shuttle       
  • fitness centre 
  • Non-smoking Rooms                 
  • Spa & wellness Centre                   
  • Cleaning Services
  • Pets Are Not Allowed.                
  • NO Private Parking                  
  • NO View / City View
Closest landmarks 
  • Mariamman Hindu Temple 0.1 km
  • Ben Thanh Market 0.3 km
  • Ben Thanh Street Food Market 0.3 km
  • Zen Plaza 0.4 km
  • 23/9 Park 0.4 km
  • Fine Arts Museum 0.4 km
  • Tao Dan Park 0.4 km
  • General Science Library Ho Chi Minh City 0.5 km
  • Saigon Square 1 - Nam Ky Khoi Nghia 0.5 km
  • Golden Dragon Water Puppet Theatre 0.6 km
  • Most popular landmarks
  • Takashimaya Vietnam 0.6 km
  • Reunification Palace 0.6 km
  • Museum of Ho Chi Minh City 0.7 km
  • Ho Chi Minh City Hall 0.8 km
  • Union Square 0.9 km
  • War Remnants Museum 0.9 km
  • Notre Dame Church 1 km
  • Vincom Centre B 1 km
  • General Post Office 1 km
  • Parkson 1 km
Breakfast: Perfect Coffee! 

Reviews:
memilih hotel yang mahu jarak ke ben Than market tapi nak kan harga yang murah. yang lagi dekat ade. tapi agak mahal sikit. sebab berapa di kawasan tumpuan pelancong. so kami pilih yang agak jauh. dari hotel ke ben than market jalan kaki around 5minit jek. kalau korang banya kcakap lagi tak sedar. tau-tau sampai. ruang yang besar. fasilitis yang cukup. enough laaa kan. ade lif. so kalau korang bawa orng tua. prefer amek yang lagi dekat laa kan. tapi kalau yang sihat-sihat macam kami ni. elok sangat laaa. and dekat bawah hotel tu happening. those yang suka happening nie. mesti suka. hahaha..







Read More

MY TRAVEL: HO CHI MINH VIETNAM (PART-1)

Saturday, November 11, 2017

No comments
nak taip blog nie sebenarnyer memang malas. kene syok sendiri. ade orang suka penulisan kita. ade yang senyum ketawa-ketawa. tapi kadang-kadang tu tak paham ape yang cuba kita sampaikan. erti kata lain. punchline tak sampai. tapi tak pe i cuba lagi. lepas kene komen haritu. awek terlalu bagi information yang sangat simple tapi lengkap. menurut i. yang rajin google blog orang. ade satu perasan malas membaca. lebih gemar tengok gambar. dan nak kan information details saje. tapi tak pe.. start tahun baru nie. i akan cerita kan semua detik-detik biar banyak entri kate nyer.. betul juga.. ade yang rajin membaca. and ade juga pemalas macam aku nie. dasar mak lampir.



trip kali nie paling latest laaa. i akan ceritakan pengalaman ke Ho Chi Minh Vietnam. mase tu. belum nak ade duit banyak. maklumlah. baru jek tukar tempat kerja baru. sebab terlampau tak tahan dengan environment lampau. so dapat kerja yang tersangat laa relax. and oneday, cousin i text i. nak join dia pergi Ho Chi Minh tak. mau sebulan juga pikir. nie makcik nak pergi shopping jek. aduii. tak boleh ke pergi jenjalan sikit. haha. alang-alang kan da sampai tempat orang. plan-plan. then i setuju. dia nak ajak ikut tour by company. but. another group. i okay jek laa. senang tak payah  pikir panjang. but. bila kira-kira. tour tu 3hari 2 malam. tapi hanya untuk shopping. pastu last flight.. pergh rugi2.... cube ko pikir. 3 hari but first day kene amek flight last? that mean bukan 1day. agak-agak laa datin. itu da kira 2hari 3malam. mendidih aku dengar. so, i pikir biar kami redah jek. dengan bongkak dan hanat nyer.. i am a master mind. ko akan shopping sampai patah kaki. i teman kan jek. taknak laa shopping kain sangat. haha google hotel. google ticket. google flight. goolge segala jadah. book segala mende. we start the journey. 

untuk pengalaman bertravel dengan orang yang tak kenal perangai kita. itu suatu perkara yang membangkitkan buat i. i'll story to you later. k. flight kami yang pertama. jan 6.45pagi. so pukul 3 pagi dah tercongok depan kounter check in. how i miss the travel mood. check in segala beg. biaar lengang mak limah di depan imigrasen eksen tu nanti. ko kene kerja. hakak nak terbang da ni dik... hahaha... eksen ko..menyampah hakak. perjalanan ke SGN (saigon) Ho Chi MInh, lebih kurang 2jam 45minit. tapi maybe excited. tak rase okay. mate pun tak nak tidur. kemain laa order breakfast, lasagna pepagi hari dalam flight. wahaha. horang putih sangat. 

tiba laa di Airport nyamtua kroi.. wahaha. jap aku google airport Ho Chi Minh. Tan Son Nhat International Airport. komfirm. sebabkan ni trip shopping ala datin-datin kampung gitu. so i da book airport transfer. senang dik. akak ni orang kampung. tak pandai speking. so book siap-siap, keluar jek gate. aku mesti tak nama aku terpacak tepi pagar tu. ko tau tak ape dia tulis nama aku. Nama Bapak aku Binti Awekretro. wahhahahha. memang laaa aku tak kenal. ko cari bapak aku. serius aku stressss. dah takut da kene tipu. haha.. nasib dapat kereta cantik. dan kereta-kereta kat sini semuanyer left driver. so. pelik laa kan. bila kita macam nampak kereta bergerak tanpa pemandu. wahaha. 



kenape amek flight awal sangat. pada i, kita kene hargai waktu yang ada. biar korban tidur di Malaysia. so bila kita sampai, kedai-kedai semua baru buka. so agak panjang masa di sana. paham tak maksud i. kalau tak paham ulang balik baca sampai paham. haha. transport hantar sampai hotel i pilih Hotel Zoolut Stay 271  (klik sini) hotel budget. tapi cantik. lengkap. dan teramat selesa. so awal lagi kan untuk checkin. so kami drop beg. dari hotel ni  nak ke Ben Than Market. jalan kaki jek. kurang 10minit kalau korang lengang kangkung. 


i da book transport tour tu. tapi untuk next day. so hari pertama. kami pusing-pusing jalan kaki. nasib datin-datin nie kuat berjalan. bawa lintas jalan raya berlari-lari riang. macam lost sekejap. bile panas. kami masuk dalam mall. amek angin. first. kami pergi BÆ°u Ä‘iện Trung tâm Sài Gòn, amek ko. tergeliat lidah. haha tu dalam sebutan Vietnam. kalau bahase omputih. The General Post Office. wahaha. bersebelahan dengan Notre-Dame Cathedral Basilica of Saigon. kita story dlu post office tu. It was constructed between 1886-1891. nak cerita pepanjang. jenuh laaa. baik korang wikipedia jek. 





berdekatan dengan post office nie ade satu geraje Notre-Dame Cathedral Basilica of Saigon. ape sejarah buidling ni tak pula i bace.cuma yangi tahu. it was constructed between 1863 and 1880. It has two bell towers, reaching a height of 58 meters (190 feet).pada i. bentuk suktur dan position di tengah-tengah bulatan yang amat strategik buatkan gereja ni nampak cantik. orang marah i kenape i nak amek pic the Cathedral. cukup kita puji design dia cantik. tapi tidak berlebihan. sudah laa kan. terserah pada korang. tiada paksaan kalau korang nak puji or tak nak tengok pun. pura-pura tak perasan building mcm ni. okay sambung perjalanan kami. 








 sebelah post office tu ade MCdonal. sebelah mcd tu ada Book Street - Nguyen Van Binh menarik. jalan yang sunyi. penuh buku-buku percuma untuk dibaca. ade cafe. tapi orang kat sana sangat behave. dengan cuaca yang berangin. sejuk. kami posing-sakan laa juga. tapi suara harus di pelahan kan. hahha. kak kiah kene laa tahan sikit ketawa mak lampir tu. nasib tak kerkentut jek. menahan ketawa. haha. dari book street tu korang jalan depan sikit. terpancar HArd Rock Cafe. yang di gilai ramai. kalau ke Ho Chi Minh harus ke HArd Rock Cafe. ikut lagi kata hati datin. aku da nampak da. ade Dong yang bakal melayang. hahah..





lepas datin layan perasaaan shopping membuak-buak. kami balik. tapi kami sempat singgah ke Ben Than Market. kalau ikutan aturan perjalanan kami. kami hanya perlu patah balik. ade dalam 30minit jalan kaki dari Post Office ke Benthan Market. kalau dah belari-lari dan ketawa-ketawa mane nak sedar da 30minit jalan kaki. misi seterusnya. kami nak servey-servey dulu. yoook ooooo jek kan. potong jari kaki tangan laa datin-datin nie tengok jek.. dah memang niat nak shopping habiskan duit laki dorang.. hahaha

kaki langkah masuk...fuhhhh.. melilau kaki datin. sampai sesat. i? i da start serabut ayam.. uolls tau kan. i nie mane laa suka tempat yang orang serabut tarik-tarik paksa beli. terus moody. dengan panasnyer. haha. pilih punya-pilih. i dapat beli Viscose cotton dengan harga RM25, ehk..entah laa. xtau ape jenis kain tu. tapi kalau dari jauh tengok macam english cotton. oh yek. di Ben Than Market nie. amat laaa sangat menerima Ringgit malaysia. dan saya saran kan bawalah beribu-ribu RINGGIT malaysia. hahhaha. mata datin-datin nie da kabur dah. semua nak di beli. 


bila bawa duit beribu-ribu tu. jangan lupa borong lace murah tu. starting price around RM125  - RM350. pilih jek. ade awek grab satu. lace yang sebelah kanan tu color navy blue. but sorry ladies. i tak ade gambar. and i tak tempah buat baju. sebab ade planing lain. i beli 3meter lace + 4meter lining
RM170. berbaloi kan. datin i tu siap tempah baju. siap lebih kurang 3jam. and dorang siap hantar pi hotel terus. harga RM150 siap Jahit. serius berbaloi. malas laaa nak cerita panjang bab lace nie. serius sangat laa amat murah. janji berani tawar menawar. make sure. kalau korang da tawar. i hope u beli. tempat orang nak.. jangan cari pasal okay.. 

then lepas penat berhempas pulas tawar menawar. we all balik untuk rest. makan? belum lagi. malam nanti kami makan. lepas magrib. kami keluar. pergi DINNER. kalau ikut map yang di atas tu. korang pasti tertanya-tanya di mana Malaysian Street kan. ada satu road Nguyá»…n An Ninh. itu lah Malaysian Street. dan untuk korang dapatkan Halal food. hanya di situ. murah berbanding tempat lain. ade 5 hingga 6 buanh kedai korang boleh pilih. insyallah kene selera kita orang malaysia. for First night. kami pilih kedai yang dari luar nampak macam cantik. 


Restoran hajah Basiroh. seingat i ade ambil gambar kedai ni. tapi bile check. takde pulak. ooo stress. haha. harga makanan di Vietnam nie sememangnya agak mahal. sebab vietnam bukanalah negara Islam. so untuk mendapatkan makanan halal agak sukar. tapi untuk di area Ben Than Market. di sinilah deretan kedai makan muslim. alhamdullilah bersih. dan kalau nak komplain rase tak sedap tu payah laaa i nak cakap. sebab bila kita datang tempat orang. kita kene rasa makanan dan terima cara masakan mereka. nak sedap. duduk rumah suruh mak masak. contoh tu i order soup isi ikan. agak terkejut. ada nenas. ade bendi. ada tauge. ada tomato. yang pelik nyer ade nanas. rase. untuk suapan pertama agak pelik. bila da masuk suapan ke 3. sebenarnya soup tu ade rase yang tersendiri. menarik. soup ikan + nanas. tak juga mengecewakan. then i order Vietnam roll. orang kata sedap. okay. sedap juga. macam makan popia basah. kalau dapat sos cicah yang sedap. lagi sedap. (klik sini) malas nak cerita panjang. jom sambung shopping


sepanjang jalan yang sama. korang akan nampak kedai jual tudung, bag, baju longgok-longok. datin-datin dah start resah. makan pun tak tenang. haha. misi malam pertama. serbu semua kedai. beli ape yang nak. kalau takde jangan paksa beli. esok masih ade. semua kedai-kedai dekat sini buka setiap malam setiap hari. so mengelupur laa korang kat situ. ooo as per korang tahu. waktu ni laa korang boleh cari neelofa shawl. duck shawl. ariani shawl. bokita shawl. entah ape jenis semua shawl ade jual kat sini. pandai tawar. senang dapat murah. nak kata nampak sangat tiruan tu takde laa. kalau korang beli yang plain. orang takkan perasan itu yang tiruan. start harga dari RM10 - RM30. ingat i cakap. pandai tawar. untung laa korang. 


dan yang paling syok sekali. waktu tu korang akan nampak perangai orang malaysia. serius. i agak sedih. bukan nak kutuk. kalau tak bertegur tu xpe laa.. kita paham. sebab kita tak kenal kan. senyum tu memenang dah lupa laa.. sebab sibuk bershopping sampai langgar-langgar orang. tapi haaaaalllaaaaaaaa cerita namau kalah semuanya. tapi paham laa..mejoriti yang datang kat situ. kebanyakkan perniaga. so korang paham laa kan maksud i. so. those yang next  nak pergi sana tu. namau sombong-sombong k. lepas kami grab tudung kami balik rest. sebab. esok ade 1wholeday shopping tour. ready nak patah kaki.. hahha..
Read More

ITINERARY: (3 DAYS & 2 NIGHTS) HO CHI MINH, VIETNAM

Thursday, November 2, 2017

No comments


DATE:   27 – 29 OCT 2017

Agent Travel: Cik Ibra him
                         https://www.facebook.com/profile.php?id=100005087688818

Hotel:     ZOOTUL STAY 271,
   271 Le Thanh Ton, Ho Chi Minh City

ITINERARY:


1st DAY:

0900am Departure & Arrived
1000am Check in/Register & drop bag @ hotel ZOOTUL STAY
1000am City Tour + shopping
-          The General Post Office
-          City Hall
-          Ben Than Market
-          Hard rock Coffee
-          Saigon Square
0500pm check in & Rest
0700pm dinner & Malaysia Street
1100pm sleep

2nd DAY
0700am out for breakfast
0800am Shopping Trip with Kassim Selamat
-          Daina’s Collection (Distrit 7)
-          MSM Fashion Tran Trung  Street
-          Solat zuhur at Masjid Al-Rahim
-          Saigon Square
-          Makan @ Mu Sa Karem jln Malaysia
-          Linda Wholesale
-          Turn Back to Daina’s Collection
0600pm turn back to Hotel & Rest
0800pm dinner & Malaysia Street
1100pm sleep


3rd DAY
0800am out for breakfast & Ben Than Market
0130pm check out & go to the airport


SUMMARY OF ITINERARY:
1st DAY
Check in/Register & drop bag
The General Post Office
Ben Than Market
Hard rock Coffee
Saigon Square
Malaysia Street 

2nd DAY
Shopping Trip:
Daina’s Collection (Distrit 7)
MSM Fashion Tran Trung  Street
Masjid Al-Rahim
Saigon Square
Linda Wholesale
Turn Back to Daina’s Collection
Malaysia Street

3rd DAY
Breakfast
Ben Than market
Airport


BUDGET:

Flight + hotel (Airasiago) per person: RM398
Airport transportation per person: RM52
Tours per person: RM100
Food + Luggage + Insurance per person: RM31 + RM85 + (28x3): RM169
Pocket Money:  RM376: 2M DONG & RM400 = RM776

Day 1
Eat: 100k DONG
Kain Ela: 250k DONG
Lace: RM120
Dinner: 200k DONG
DUCK Square Scarf: RM22
Ariani & DUCK Square Scarf: RM22x3
Kopi: RM3

Day 2
Breakfast: 120k DONG
Daina’s Collection: RM44
MSM Fashion: RM 68
Deuter Shop: RM24
Lunch: 115k DONG
Linda Wholesale: RM10
Kopi: RM3
The Northface Bag: 320k DONG
Tshirt: 97k + 62k DONG
Icecream: 300k DONG

Day 3
Kopi: RM3
Apple: RM10
Brunch: 80k DONG
Drink: 7k DONG
Wrapping Bag: 100k DONG
Taxi tip: RM5

Total disana sahaja: 1751000DONG
Di convert kan ke ringgit malaysia = RM326
RM326+378=RM704
So, still under budget my budget laaa kan, memandangkan trip untuk shopping sahaja. tiada lawatan kemana-mana. so dengan hasil tangkapan yang berplastik2 tu..i rasa worth it sangat.

REVIEW:
Ho Chi Minh city its not visit place laaa, tapi kalau korang nak datang rehat-rehat, i think better pilih Dalat Area. kalau city ni, mostly boleh shopping jek laa. memang syurga kami.. haha..
kalau telekung siti khadijah tu korang boleh budget RM20 ke atas dah boleh dapat.
kalau tudung (duck/ariani/nelofa/bokita) plain serandah RM17. corak RM22 keatas. cari dekat pasar malam or korang amek trip yang boleh bawa pergi shopping-shopping
kain ela; di Ben Than Market, serendah RM25 sepasang. and lace, RM120 (without sewing) and RM150 (siap jahit) nie semua starting price. and my saranan. kalau nak shopping. senang bawa ringgit jek. sebab kalau kira dong. dorang markup sikit. rugi laa kita. bawa duit dong utk makan.. sebab macam 24hours shop xlaa terima RM. okay? i ade google haritu macamane nak berbelanja dekat sana. tapi takde sape pun tulis dengan clear. so here, i explain.  senang pakai RM utk Shopping. and Sedikit dong utk makan. sekali makan untuk sepinggaan nasi goreng, bermula dari 70k Dong. air 25k Dong. da dapat bayang kan. Happy Holiday!



Read More
Copyright © A W E K R E T R O . M Y. Blog Design by SkyandStars.co