nak taip blog nie sebenarnyer memang malas. kene syok sendiri. ade orang suka penulisan kita. ade yang senyum ketawa-ketawa. tapi kadang-kadang tu tak paham ape yang cuba kita sampaikan. erti kata lain. punchline tak sampai. tapi tak pe i cuba lagi. lepas kene komen haritu. awek terlalu bagi information yang sangat simple tapi lengkap. menurut i. yang rajin google blog orang. ade satu perasan malas membaca. lebih gemar tengok gambar. dan nak kan information details saje. tapi tak pe.. start tahun baru nie. i akan cerita kan semua detik-detik biar banyak entri kate nyer.. betul juga.. ade yang rajin membaca. and ade juga pemalas macam aku nie. dasar mak lampir.
trip kali nie paling latest laaa. i akan ceritakan pengalaman ke Ho Chi Minh Vietnam. mase tu. belum nak ade duit banyak. maklumlah. baru jek tukar tempat kerja baru. sebab terlampau tak tahan dengan environment lampau. so dapat kerja yang tersangat laa relax. and oneday, cousin i text i. nak join dia pergi Ho Chi Minh tak. mau sebulan juga pikir. nie makcik nak pergi shopping jek. aduii. tak boleh ke pergi jenjalan sikit. haha. alang-alang kan da sampai tempat orang. plan-plan. then i setuju. dia nak ajak ikut tour by company. but. another group. i okay jek laa. senang tak payah pikir panjang. but. bila kira-kira. tour tu 3hari 2 malam. tapi hanya untuk shopping. pastu last flight.. pergh rugi2.... cube ko pikir. 3 hari but first day kene amek flight last? that mean bukan 1day. agak-agak laa datin. itu da kira 2hari 3malam. mendidih aku dengar. so, i pikir biar kami redah jek. dengan bongkak dan hanat nyer.. i am a master mind. ko akan shopping sampai patah kaki. i teman kan jek. taknak laa shopping kain sangat. haha google hotel. google ticket. google flight. goolge segala jadah. book segala mende. we start the journey.
untuk pengalaman bertravel dengan orang yang tak kenal perangai kita. itu suatu perkara yang membangkitkan buat i. i'll story to you later. k. flight kami yang pertama. jan 6.45pagi. so pukul 3 pagi dah tercongok depan kounter check in. how i miss the travel mood. check in segala beg. biaar lengang mak limah di depan imigrasen eksen tu nanti. ko kene kerja. hakak nak terbang da ni dik... hahaha... eksen ko..menyampah hakak. perjalanan ke SGN (saigon) Ho Chi MInh, lebih kurang 2jam 45minit. tapi maybe excited. tak rase okay. mate pun tak nak tidur. kemain laa order breakfast, lasagna pepagi hari dalam flight. wahaha. horang putih sangat.
tiba laa di Airport nyamtua kroi.. wahaha. jap aku google airport Ho Chi Minh. Tan Son Nhat International Airport. komfirm. sebabkan ni trip shopping ala datin-datin kampung gitu. so i da book airport transfer. senang dik. akak ni orang kampung. tak pandai speking. so book siap-siap, keluar jek gate. aku mesti tak nama aku terpacak tepi pagar tu. ko tau tak ape dia tulis nama aku. Nama Bapak aku Binti Awekretro. wahhahahha. memang laaa aku tak kenal. ko cari bapak aku. serius aku stressss. dah takut da kene tipu. haha.. nasib dapat kereta cantik. dan kereta-kereta kat sini semuanyer left driver. so. pelik laa kan. bila kita macam nampak kereta bergerak tanpa pemandu. wahaha.
kenape amek flight awal sangat. pada i, kita kene hargai waktu yang ada. biar korban tidur di Malaysia. so bila kita sampai, kedai-kedai semua baru buka. so agak panjang masa di sana. paham tak maksud i. kalau tak paham ulang balik baca sampai paham. haha. transport hantar sampai hotel i pilih Hotel Zoolut Stay 271 (klik sini) hotel budget. tapi cantik. lengkap. dan teramat selesa. so awal lagi kan untuk checkin. so kami drop beg. dari hotel ni nak ke Ben Than Market. jalan kaki jek. kurang 10minit kalau korang lengang kangkung.
i da book transport tour tu. tapi untuk next day. so hari pertama. kami pusing-pusing jalan kaki. nasib datin-datin nie kuat berjalan. bawa lintas jalan raya berlari-lari riang. macam lost sekejap. bile panas. kami masuk dalam mall. amek angin. first. kami pergi Bưu điện Trung tâm Sài Gòn, amek ko. tergeliat lidah. haha tu dalam sebutan Vietnam. kalau bahase omputih. The General Post Office. wahaha. bersebelahan dengan Notre-Dame Cathedral Basilica of Saigon. kita story dlu post office tu. It was constructed between 1886-1891. nak cerita pepanjang. jenuh laaa. baik korang wikipedia jek.
berdekatan dengan post office nie ade satu geraje Notre-Dame Cathedral Basilica of Saigon. ape sejarah buidling ni tak pula i bace.cuma yangi tahu. it was constructed between 1863 and 1880. It has two bell towers, reaching a height of 58 meters (190 feet).pada i. bentuk suktur dan position di tengah-tengah bulatan yang amat strategik buatkan gereja ni nampak cantik. orang marah i kenape i nak amek pic the Cathedral. cukup kita puji design dia cantik. tapi tidak berlebihan. sudah laa kan. terserah pada korang. tiada paksaan kalau korang nak puji or tak nak tengok pun. pura-pura tak perasan building mcm ni. okay sambung perjalanan kami.
sebelah post office tu ade MCdonal. sebelah mcd tu ada Book Street - Nguyen Van Binh menarik. jalan yang sunyi. penuh buku-buku percuma untuk dibaca. ade cafe. tapi orang kat sana sangat behave. dengan cuaca yang berangin. sejuk. kami posing-sakan laa juga. tapi suara harus di pelahan kan. hahha. kak kiah kene laa tahan sikit ketawa mak lampir tu. nasib tak kerkentut jek. menahan ketawa. haha. dari book street tu korang jalan depan sikit. terpancar HArd Rock Cafe. yang di gilai ramai. kalau ke Ho Chi Minh harus ke HArd Rock Cafe. ikut lagi kata hati datin. aku da nampak da. ade Dong yang bakal melayang. hahah..
lepas datin layan perasaaan shopping membuak-buak. kami balik. tapi kami sempat singgah ke Ben Than Market. kalau ikutan aturan perjalanan kami. kami hanya perlu patah balik. ade dalam 30minit jalan kaki dari Post Office ke Benthan Market. kalau dah belari-lari dan ketawa-ketawa mane nak sedar da 30minit jalan kaki. misi seterusnya. kami nak servey-servey dulu. yoook ooooo jek kan. potong jari kaki tangan laa datin-datin nie tengok jek.. dah memang niat nak shopping habiskan duit laki dorang.. hahaha
kaki langkah masuk...fuhhhh.. melilau kaki datin. sampai sesat. i? i da start serabut ayam.. uolls tau kan. i nie mane laa suka tempat yang orang serabut tarik-tarik paksa beli. terus moody. dengan panasnyer. haha. pilih punya-pilih. i dapat beli Viscose cotton dengan harga RM25, ehk..entah laa. xtau ape jenis kain tu. tapi kalau dari jauh tengok macam english cotton. oh yek. di Ben Than Market nie. amat laaa sangat menerima Ringgit malaysia. dan saya saran kan bawalah beribu-ribu RINGGIT malaysia. hahhaha. mata datin-datin nie da kabur dah. semua nak di beli.
bila bawa duit beribu-ribu tu. jangan lupa borong lace murah tu. starting price around RM125 - RM350. pilih jek. ade awek grab satu. lace yang sebelah kanan tu color navy blue. but sorry ladies. i tak ade gambar. and i tak tempah buat baju. sebab ade planing lain. i beli 3meter lace + 4meter lining
RM170. berbaloi kan. datin i tu siap tempah baju. siap lebih kurang 3jam. and dorang siap hantar pi hotel terus. harga RM150 siap Jahit. serius berbaloi. malas laaa nak cerita panjang bab lace nie. serius sangat laa amat murah. janji berani tawar menawar. make sure. kalau korang da tawar. i hope u beli. tempat orang nak.. jangan cari pasal okay..
then lepas penat berhempas pulas tawar menawar. we all balik untuk rest. makan? belum lagi. malam nanti kami makan. lepas magrib. kami keluar. pergi DINNER. kalau ikut map yang di atas tu. korang pasti tertanya-tanya di mana Malaysian Street kan. ada satu road Nguyễn An Ninh. itu lah Malaysian Street. dan untuk korang dapatkan Halal food. hanya di situ. murah berbanding tempat lain. ade 5 hingga 6 buanh kedai korang boleh pilih. insyallah kene selera kita orang malaysia. for First night. kami pilih kedai yang dari luar nampak macam cantik.
Restoran hajah Basiroh. seingat i ade ambil gambar kedai ni. tapi bile check. takde pulak. ooo stress. haha. harga makanan di Vietnam nie sememangnya agak mahal. sebab vietnam bukanalah negara Islam. so untuk mendapatkan makanan halal agak sukar. tapi untuk di area Ben Than Market. di sinilah deretan kedai makan muslim. alhamdullilah bersih. dan kalau nak komplain rase tak sedap tu payah laaa i nak cakap. sebab bila kita datang tempat orang. kita kene rasa makanan dan terima cara masakan mereka. nak sedap. duduk rumah suruh mak masak. contoh tu i order soup isi ikan. agak terkejut. ada nenas. ade bendi. ada tauge. ada tomato. yang pelik nyer ade nanas. rase. untuk suapan pertama agak pelik. bila da masuk suapan ke 3. sebenarnya soup tu ade rase yang tersendiri. menarik. soup ikan + nanas. tak juga mengecewakan. then i order Vietnam roll. orang kata sedap. okay. sedap juga. macam makan popia basah. kalau dapat sos cicah yang sedap. lagi sedap. (klik sini) malas nak cerita panjang. jom sambung shopping
sepanjang jalan yang sama. korang akan nampak kedai jual tudung, bag, baju longgok-longok. datin-datin dah start resah. makan pun tak tenang. haha. misi malam pertama. serbu semua kedai. beli ape yang nak. kalau takde jangan paksa beli. esok masih ade. semua kedai-kedai dekat sini buka setiap malam setiap hari. so mengelupur laa korang kat situ. ooo as per korang tahu. waktu ni laa korang boleh cari neelofa shawl. duck shawl. ariani shawl. bokita shawl. entah ape jenis semua shawl ade jual kat sini. pandai tawar. senang dapat murah. nak kata nampak sangat tiruan tu takde laa. kalau korang beli yang plain. orang takkan perasan itu yang tiruan. start harga dari RM10 - RM30. ingat i cakap. pandai tawar. untung laa korang.
dan yang paling syok sekali. waktu tu korang akan nampak perangai orang malaysia. serius. i agak sedih. bukan nak kutuk. kalau tak bertegur tu xpe laa.. kita paham. sebab kita tak kenal kan. senyum tu memenang dah lupa laa.. sebab sibuk bershopping sampai langgar-langgar orang. tapi haaaaalllaaaaaaaa cerita namau kalah semuanya. tapi paham laa..mejoriti yang datang kat situ. kebanyakkan perniaga. so korang paham laa kan maksud i. so. those yang next nak pergi sana tu. namau sombong-sombong k. lepas kami grab tudung kami balik rest. sebab. esok ade 1wholeday shopping tour. ready nak patah kaki.. hahha..
No comments
Post a Comment