JOURNAL: ESSENTIAL JOURNAL SUPPLIES {MUST HAVE}

Thursday, December 10, 2020

No comments


 menjelang 2021, rancak bergegar otak kita ni memikir / merancang what kind journal we want to do this year? if kita lakukan perkara yang sama mungkin tidak seronok. penat juga sebenarnya berpikir ni. lagi-lagi bila tak mampu keluar bertemu rakan-rakan journalers lain untuk bertukar pendapat. i rase hampir separuh masa i sehari, i habiskan searching for next year journal. since i ni jenis yang cepat bosan melakukan sesuatu berterusan. dan mungkin anda juga merupakan beginners for journal. mungkin anda boleh ikut idea i ni. tak juga menarik. tapi boleh lah berikan sedikit idea untuk anda memulakan penulisan anda. are you ready?

LET'S GO TO STATIONERY SHOPPING!

1. PAPER / BOOK


choose the suitable paper/book you want to use. first. pick the size; A5, B5, A7, B7 Personal size , Passport size, Regular size, Pocket size, Slim size..ehk banyak lagi. yang pasti. apa pun jenis buku. anda boleh gunakan. tapi untuk permulaan. i cadangkan try the Pocket or Personal size. easy to carry. easy to keep. if you want to do planner, choose ring book. but u need to find insert. samada beli yang loose or print! if you nak buat Bullet Journal, or Specialized Journal; i cadangkan size Slim or Regular or B5. dan kalau nak mula. tak perlu pun buku-buku yang mahal tu. ingat! for starting something new, it was an exercise for us. so standby satu yg murah untuk kita conteng-conteng. [klik sini] dan kalau ade duit lebih, 


find the good paper!  watercolor paper, craft paper, dot paper, lines, square ape saje. terpulang dengan ape yang akan korang lakukan. suggestion: find the dotted type. kalau nanti nak snap pic tak nampak serabut lines, and korang kene study, if korang nak gunakan watercolor. ade jenis kertas MIDORI. ianya nipis tapi tahap kurang resapan air. ni kalau korang da advance nanti. korang akan otomatik paham jenis kertas. and ofcouse harganya masih mampu milik. dan mungkin kita ni terus nak jump ke advance level. i suggest u guna Traveler Notebook  lots of jounallers memang akan ade lebih dari 1 jenis buku. pengalaman akan mematangkan anda. 


2. BASIC STATIONERY

perlu huraikan ke? haha good pen, good pencil, good eraser, & etc. tapi mungkin kalau i rajin. i akan explain jenis-jenis pen yang patut korang ade. tapi sebelum tu, let me do basic check list for you: 
  • 3 Basic Pen (blue, black, red) 
  • Pencil
  • Ruler & Eraser
  • Scissor & Glue
  • Set of Colored Pen or Highlighter
  • Watercolor (if you needed)
an advance tools:
  • Craft Papers
  • Pattern Papers
  • Color Papers
  • Stickers
  • Washi Tape
  • Rubber / Clear Stamps & Ink Pad
lets talk about WASHI  TAPE: washi comes from Japanese shrubs. and yes! you can recycle it without mess your paper. washi tape is easy to tear by hand which makes it a great kid-friendly resource. it’s easy to write on. it’s waterproof & heatproof. giving it great value for money.


RUBBER STAMPS: all of them tak perlu pun. tapi kalau korang dah mula terjebak. apasalahnya spend sikit lagi agar bertambah tahap keseronokan korang semasa berjournal nanti. mungkin harganya agak mahal disebabkan quality getah dan design. bergantung pada minat. kalau korang minat yang vintage. design ini agak mahal. kan zaman dah canggih. online shopping ade yang menawarkan harga jauh lebih murah. kalau dah murah. jangan laa minta quality yang 100% kan. 

cukup ade yang basic ini. korang dah boleh mulakan menulis. di entry yan seterusnya nanti, i akan cerita bagaimana i mulakan page baru untuk tahun baru. i had a big-big project in my head. ofcoz kita da listkan. tinggal tunggu hari jek untuk mulakan penulisan baru. tak sabarkan.. i lagi tak sabar. see you in next entry. 

do you still have questions? leave me a comment below. i love to hearing that. and if you have a tips to shared with me to improve my writing, leave those in the comment too!


Read More

JOURNAL: 2020 RESOLUTION

Wednesday, December 9, 2020

No comments

 


"IF THE PLAN DOESN'T WORK; CHANGE THE PLAN. BUT NEVER THE GOALS!"

- unknown author 

#workfromhome doesn't cool babe! tak boleh focus! dan bagaimana i bahagikan masa dan emosi yang membebankan ini. yes! menulis dan terus merancang masa hadapan. i tak mahu menulis apa yang terbuku di hati. kita tak perlukan membebani pemikiran kita dengan memikirkan perkara yang telah berlaku. so, keep moving and penuhi masa anda dengan perkara-perkara yang mengembirakan anda. 2020 resolution: 

  • penuhi masa anda dengan perkara yang mengembirakan. #everydayismetime
  • make your own decision (think twice before you make a choice) since kita berkurung tahap permikiran kita tidak berkembang dengan jayanya. TULIS! a firm decision to do or not to do something.
thats it! adakalanya merancang itu bagus. agar hidup kita punya matlamat. ada perkara yang harus kita perjuangkan. tulis goals anda dan senaraikan perkara yang perlu anda perbaiki. untuk siapa? untuk kebaikan diri, mental & emosi anda juga!

semoga 2021 anda lebih terancang dan berjaya seperti yang kita semua inginkan! 
take care & stay safe!

do you still have questions? leave me a comment below. i love to hearing that. and if you have a tips to shared with me to improve my writing, leave those in the comment too!

Read More

JOURNAL: HOLD ON YOUR MEMORIES IN THE OLD-FASHION WAYS

Tuesday, December 8, 2020

No comments

setiap mereka ada cara meyimpan 1001 kenangan mahupun meluahkan sesuatu perasaaan. merakam potrait kenangan lalu dinaikan di media sosial dengan pelbagai caption yang menarik. adakalanya, muatan itu tidak menggambarkan isihati. senang kata, di ruang cyber, kita tidak mampu tulis setiap yang berlaku.. mereka juga kata; rasa hati pelu diluahkan. kalau dibiar pendam lama mudaratkan diri. tapi pada siapa? adakah mereka akan pahami. benar atau tidak, setiap yang diperkatakan mungkin akan mereka dengari, tapi apakah ada jalan penyelesaiannya. susahkan. i keep searching how to help my self. i don't want waste my time & my money. im looking for hobbies. its called DIARY! tak menarik.. nowdays, we call them JOURNAL. ia terbahagi kepada beberapa jenis, some people write

PLANNER JOURNAL, GRATITUDE JOURNAL, or 
SPECIALIZED JOURNALS (ART JOURNAL, TRAVEL JOURNAL or ETC.)
Let me summaries what kind of these journal:

  • PLANNER
untuk mereka yang baru, memilih planner adalah yang terbaik. merancang jadual harian anda agar setiap perkara harian akan teratur. jika anda berbakat dalam melukis, anda boleh cuba dengan Bullet Journal. setup setiap muka surat anda kepada beberapa bahagian monthly, weekly or daily planning. bersertakan ruangan Monthly Goals, Gratitude, to-do list, habit / spends tracker, sketching, daily free writing, and/or reflection. ia sangat menbantu anda untuk time management. dan kebanyakkan planner menggunakan ring book. manakala Bullet journal hanya buku tulis. di pasaran terlalu banyak pilihan. mungkin anda boleh search di blog yang lain. untuk tujuan yang lebih tepat.

  • GRATITUDE JOURNAL
Dalam pemahaman, gratitude journal ini cara kita keep track of the good thing in life. Dengan menulis perkara yang menarik setiap hari. Hanya yang baik-baik sahaja. Perkara yang harus kita syukuri setiap hari. Kata-kata hikmah mungkin (quotes). Tulis perkara dari setiap sudut tatapan mata anda. Apasaja. Ia dapat membantu anda balance-kan stress harian anda.

  • SPECIALIZED JOURNALS
Ianya tertumpu pada sesuatu topic. Tak pandai menulis, mungkan anda pandai melukis (ARTJOURNAL) sketch/ doodling something. Mungkin boleh lakarkan makan harian anda. Dan yang sedang hangat sekarang adalah Travel. Tulis setiap rancangan/perjalanan percutian anda. (TRAVEL JOURNAL) Nanti akan dihuraikan lagi perihal travel journal.


sebenarnya banyak lagi jenis-jenis journal. mungkin anda boleh search di blog lain yang akan huraikan dengan details. i tak rase i tak perlu huraikanya. cukup anda pahan perbezaan mereka. yang perlu anda paham kenapa kita perlu menulis. terlalu banyak kebaikkannya. perlu tahu ada perkara yang tak mampu kita huraikan dengan kata-kata, menulis adalah cara yang paling berkesan. hampir beberapa tahun i terlibat dan berkumpul dengan journalist ni. i tanya mengapa mereka menulis dan apa yang mereka akan tulis. jika di zaman yang serba canggih ini, semuanya di tulis dalam media sosial, dalam gadget anda. apasalahnya kita kembali kepada cara lama. menulis mahupun melukis. luahkan setiap yang terlintas di pemikiran kita. jelaskan pada kertas apa yang terbuku di hati.  biar sang kertas menyimpan semua permasalahan kita. ada yang kata ianya sekadar hobi. bila sudah menulis, anda kan tertarik pada decorating. kalau anda searching #journaling , mereka terlalu creative. menghias setiap helaian kertas dengan washi tape mahupun stickers. ia dapat membantu anda menjadi lebih creative. tak percaya. cubalah. tak perlukan modal yang mahal untuk mulakan ia. cukup sekadar pen kertas dan beberapa highlighter.

the last thing you need to know about journaling. it was a great way to help your mental  and physical keep health. masa anda juga tidak akan terbuang tanpa sia-sia, penuhi masa anda untuk diri anda, sedar tak, akan sampai satu tahap, anda akan terpikir, "aku harus kurangkan merayau diluar, kurangkan masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah." ini lah masanya untuk anda manjakan diri anda dengan minat anda. sedar atau tidak, jika anda sedang google tentang ini; sebenarnya anda berminat & tertarik dengan perihal journaling. so, jangan buang masa. spend a lil bit, dan cuba menulis. satu lagi perkara anda perlu ingat. 

WHEN YOU WRITE, IT'S DOESN'T NEED TO BE PERFECT! NO ONE CAN READ, UNLESS YOU SHOW TO THEM. AND DON'T WORRY ABOUT WORDING. IT DOESN'T HAVE TO BE BRILLIANT! NO ONE CAN READ!!!!!

i hope sedikit penjelasan ini dapat membantu andauntuk memahami apa itu journal. do you still have questions? leave me a comment below. i love to hearing that. and if you have a tips to shared with me to improve my writing, leave those in the comment too!

psst: tak tahu nak tulis ape? google jek #quoteoftheday



Read More
Copyright © A W E K R E T R O . M Y. Blog Design by SkyandStars.co