Monday, January 8, 2018

RESEPI: SALT EGG BUTTER CARB

Assalammualaikum, 
erti kata lain, KETAM BUTTER TELUR MASIN. same jek kan. disebabkan along and harith aasyik bergaduh jek rebut, maka i rajin laa nak masak. selagi tak kene gaut. makan laa puas-puas.. haha. today i nak shared resepi. sedap ke tidak. i tak tau. tekak uolls kan. minta maaf sangat-sangat k.


Bahan-bahan:
3 ekor ketam 
(siap dicuci. buang cengkerang, belah 2 + ketuk sedikit dibahagian sepit, jangan sampai pecah. agak2 retak sikit okay da)
3 sudu butter (guna sudu yang sama)
1 sudu serbuk lada hitam (yang kasar)
3 biji bawang putih (dihiris dadu)
10 biji cili padi (dihiris)
20helai daun kari (tak kisahlah berapa banyak korang nak letak)
1/2 tin susu cair
2 keping cheese proses (cheesedale pun okay)
tepung goreng serbaguna
3 biji telur masin (rebus kemudian asingkan kuning dan putih. pastu; hancurkan. terserah nak hancur banyak kasar or halus. prefer halus) 
20sudu minyak masak

cara-cara :
1.   rebus telur masin tu dulu jangan lupa! kemudian asingkan kuning dan putih. pastu; 
      hancurkan. terserah nak hancur banyak kasar or halus. prefer halus.
2.   ketam yang dah cuci tu, salutkan dengan tepung serbaguna. tepung tu 
      TAK PAYAH bancuh dengan air. biar salut kering.
3.   kemudian, goreng ketam tu. xpayah minyak banyak.  goreng ketam tu, sampai bertukar warna 
      keemasan and agak-agak masak. jangan terlalu lama. nanti isi kering & keras. around 5 minit
      dalam kuali. angkat & toskan minyak.
4.   next: kuah ketam. panaskan butter; 
      masukkan bawang putih, cili padi & daun kari. sampai garing
5.   masukkan lada hitam. biarkan sekejap. seminit 2.
6.   masukkan kuning telur masin. kacau dan biar kan sekejap.
7.   masukkan putih telur masin. kacau dan biarkan sekejap.
8.   masukkan susu cair. kacau perlahan hingga hampir mendidih, 
9.   masukkan ketam. ratakan.
10. masukkan cheese. ratakan lagi.
11. siap dan hidangkan.




No comments: