Thursday, March 16, 2017

Selamat Ulang Tahun Bekas Kekasih

Assalammulaikum...

Tajuk yang bakal kekal setiap tahun mesti ade update punya. hahaha. 8th March. ya ya. lambat wish, sebab terlampau sibuk uruskan kerja dan hati. hahaha. tarikh tu tetap akan saya kenang sampai bile-bile, even pemilik dia bukan milik saya lagi. sampai harini saya tertanya-tanya, apa yang berlaku sebenarnya. andai saya yang bersalah. tolong perjelaskan. tapi takpe laaa. perasaan setiap orang, kita tak boleh nak paksa dan halang. dan untuk saya hukum awak bersalah, juga bukan tugas saya. tiada hak untyk semua itu. awak.. kali ke3 kita berbaik semula, saya rasa semua pernantian saya berakhir. tapi dalam waktu yang sama, saya doa, tunjukkan jalan mana yang saya harus lalui. jalan tu tak berliku langsung. jelas depan mata. awak pergi tinggalkan saya waktu 1sen pun takde dalam poket saya. awak nak tahu tak. saya terpikir. betul orang kata,waktu kita senang, beringatlah untuk bantu orang. waktu kita susah. semua orang akan lari tinggalkan kita. saya paham sekarang. saya harus berdikari lagi. harus lebih menghulur memberi dari meminta. walaupun hanya meminta kasih sayang dan perhatian dari orang luar. tapi saya harus memberi kasih sayang dan seluruh perhatian jugak untuk orang luar. huh... saya tak pernah pun hirau perasaan orang lain. saya takpernah kisah kesempitan orang lain. saya jugak tak pernah peduli keperluan orang lain. ibarat roda kehidupan. bila kita diatas, kita akan berpusing kebawah juga. saya redha, andai ini ujian tuhan untuk saya, mungkin saya cukup bahagia dengan harta benda, tapi saya kurang bahagia dengan kasih sayang.. dalam huru hara saya mencari kasih manusia, saya lupa kasih NYA yang perlu kita cari... 

takpe laa wak, saya takkan paksa awak, andai saya terpaksa tunggu beribu tahun lagi untuk dapatkan kasih sayang awak, keikhlasan awak, kejujuran awak.. saya tunggu. Janji saya kotakan. awak yang terakhir andai awak yang tertulis di luhmafuz saya. saya pernah cakap kan. saya tak cari jodoh tu, tapi saya tak berhenti berdoa datang laa segera. andai datangnya iya sebelum awak, saya tak tolak. mungkin itu yang terbaik. 

awak, saya selalu tanya pendapat orang, dengan ape yang berlaku antara kita, biarpun cerita kita tu tak cukup jelas. orang semua suruh saya moveon. tapi hati saya tetap kata. tunggu, itu semua indah. di hari ulangtahun awak tahun ini, saya doakan semoga awak jumpa ape yang awak cari, awak berjaya kejar cita-cita yang awak impikan tu, awak berjaya buat keluarga awak berbangga dengan kejayaan awak. dan andai awak ketemu jodoh awak tu nanti, kirim salam untuk dia. jaga dia, didik dia, beri kesempatan untuk dia, sabar dengan dia. itu yang terbaik untu awak...


awak,
saya tak cukup hebat untuk dibanggakan wak,
saya tak cukup cantik untuk jadi bidadari awak,
saya tak cukup sempurna untuk kagumkan awak,
saya tak cukup baik untuk dekati awak,
saya tak cukup iman untuk bimbing awak,
saya tak cukup pandai untuk ambil hati awak,
saya tak cukup sabar untuk kuat dalam dakapan awak,

Selamat Ulang Tahun awak.
kejar cita-cita dan semua impian awak. 
bila awak berjaya nanti. biarlah saya senyum & lihat dari tepi sahaja. cukup untuk saya tahu. awak peroleh ape yang awak ceritakan suatu masa dahulu. 

No comments: