Recipe: Shepherd Pie. Buruk tapi sangat menyenyangkan..yeay!!


Assalammualaikummm....
Hi all, semalan awek da berjaya selesaikan 1 lagi resepi terbaru. Takde laa terbaru. Tapi awek baru cuba. Alhamdulillah..semuanya menjadi. Sebenarnya awek nak cuba resepi lain. Tapi lain yang jadi..like a tittle. Shapherd pie..rasanya sama macam macaroni bakar..cume tak ada makaroni jek..tapi da ganti dengan kentang...jom kita tengok ape resepinya..takde paa susah pun..

BAHAN-BAHAN :


1 peket daging cincang
3 biji bawang besar potong dadu
Garam

3 sudu butter

Serbuk lada hitam secukupnya
Mix Vegetable secukupnya
3 sudu tomato puri
CARA MEMASAK :


Panaskan minyak dan butter , masukkan bawang besar, goreng hingga layu . Kemudian masukkan daging, goreng hingga daging masak kemudian masukkan tomato puri dan kacau rata . Masukkan mix vegetable dan black pepper . Kacau rata, goreng hingga daging empuk . Masukkan garam, kacau sebati . Tutup api dan ketepikan.

MASHED POTATO

10 biji kentang - rebus hingga empuk
5 sudu besar butter
200 ml susu segar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukupnya
1 peket Mozzarella Cheese  


CARA MEMASAK :

Kentang direbus hingga empuk, angkat kemudian lenyek hingga hancur . Masukkan semua butter , susu dan lada hitam ke dalam adunan kentang lenyek . Kemudian masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga sebati semua bahan-bahan ni .




PENYEDIAAN SHEPHERD PIE

Sediakan bekas ,  masukkan bahan inti daging dan ratakan. Kemudian masukkan mashed potato ke atas inti daging tadi dan ratakan . Tekan mashed potato ni supaya melekat dgn inti daging . Taburkan Mozzarella cheese dan Bakar pada suhu 180`C selama 30-40 minit atau sehingga bahagian atas mash potato kekuningan.




amacam?? biarpun pic awek agak buruk..tapi rase dia sangat sedap. bunyi macam heavykan pie nie..tapi sebenarnya tak jugak. kalau diikotkan resepi sebenarnya. kentang yang korang pakai haruslah Microwave potato. jenis yang takberkanji..kalau korang tengok rupa dia pun..korang tak lalu. tak menarik langsung rupanya. rasa pulak sangat tawar. okay laa korang...koalau ingin kan kelainan..korang try laa pie nie..sekali sekali..tak salah kita jadik orang putih..hihihi bye

love, Awekretro 

Sent from my iPhone

Comments